Connect with us

Antarabangsa

Houthi Yaman, kumpulan penentangan Islam Iraq serang pelabuhan Israel

Kumpulan Houthi Yaman pada Rabu menyasarkan kapal di pelabuhan Haifa, Israel menggunakan beberapa dron dalam operasi ketenteraan bersama kumpulan penentangan Islam Iraq.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan Houthi Yaman pada Rabu menyasarkan kapal di pelabuhan Haifa, Israel menggunakan beberapa dron dalam operasi ketenteraan bersama kumpulan penentangan Islam Iraq.
  • Operasi itu menyasarkan kapal kontena berbendera Portugis, “MSC Manzanillo”, kata Jurucakap Houthi, Yahya Saree dalam ucapannya di televisyen dipetik MEMO.
  • Kumpulan Houthi melancarkan serangan dron dan peluru berpandu di laluan perkapalan sejak November tahun lalu sebagai simbolik solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza yang diserang Israel.

Kumpulan Houthi Yaman pada Rabu menyasarkan kapal di pelabuhan Haifa, Israel menggunakan beberapa dron dalam operasi ketenteraan bersama kumpulan penentangan Islam Iraq.

Operasi itu menyasarkan kapal kontena berbendera Portugis, “MSC Manzanillo”, kata Jurucakap Houthi, Yahya Saree dalam ucapannya di televisyen dipetik MEMO.

Namun tentera Israel dilaporkan tidak mengesahkan berlakunya sebarang kejadian seperti digambarkan, kata seorang jurucakap mendakwa tiada sebarang tanda sesuatu luar biasa berlaku di pelabuhan Haifa.

Kumpulan Houthi melancarkan serangan dron dan peluru berpandu di laluan perkapalan sejak November tahun lalu sebagai simbolik solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza yang diserang Israel.

Dalam puluhan serangan dilancarkan membabitkan kapal yang ada kaitan dengan Israel, Houthi menenggelamkan dua kapal, merampas satu lagi dan membunuh sekurang-kurangnya tiga pelaut. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Russia sedia haramkan “ideologi ekstremis” Childfree

Penggubal undang-undang Russia dalam rancangan merangka rang undang-undang (RUU) mengharamkan ideologi tanpa anak (childfree) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kehakiman, Vsevolod Vukolov.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Kehakiman, Vsevolod Vukolov.
  • Penggubal undang-undang Russia dalam rancangan merangka rang undang-undang (RUU) mengharamkan ideologi tanpa anak (childfree) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kehakiman, Vsevolod Vukolov.
  • Promosi aktif childfree semakin berleluasa beberapa dekad kebelakangan ini dan merupakan “ideologi ekstremis” yang perlu ditentang Russia, kata Vukolov pada Khamis dalam ucapannya di Forum Undang-Undang Antarabangsa St. Petersburg.
  • “Kami kini aktif menyediakan RUU menghalang penyebaran ideologi childfree.
  • “Seseorang tidak sepatutnya mempromosi idea bahawa “zaman sekarang, gadis-gadis, muda terutamanya, tidak perlu melahirkan anak, mereka boleh hidup childfree,” katanya dipetik RT.
  • Vukolov berkata sistem perundangan harus diwujudkan untuk menentang trend sosial negatif itu di Russia dan negara lain yang berkongsi nilai tradisional sama.
  • Mahkamah Agung Russia pada November tahun lalu mengharamkan “gerakan awam LGBTQ antarabangsa” di negara itu dan menyifatkannya sebagai badan ekstremis. 

Penggubal undang-undang Russia dalam rancangan merangka rang undang-undang (RUU) mengharamkan ideologi tanpa anak (childfree) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kehakiman, Vsevolod Vukolov.

Promosi aktif childfree semakin berleluasa beberapa dekad kebelakangan ini dan merupakan “ideologi ekstremis” yang perlu ditentang Russia, kata Vukolov pada Khamis dalam ucapannya di Forum Undang-Undang Antarabangsa St. Petersburg.

“Kami kini aktif menyediakan RUU menghalang penyebaran ideologi childfree.

“Seseorang tidak sepatutnya mempromosi idea bahawa “zaman sekarang, gadis-gadis, muda terutamanya, tidak perlu melahirkan anak, mereka boleh hidup childfree,” katanya dipetik RT.

Vukolov berkata sistem perundangan harus diwujudkan untuk menentang trend sosial negatif itu di Russia dan negara lain yang berkongsi nilai tradisional sama.

“Undang-undang ini mesti dirangka dan dipromosikan. Dan ia mesti dijadikan alat untuk melindungi nilai-nilai kita. Inilah tugas utamanya,” kata Vukolov.

Bercakap kepada wartawan selepas ucapannya, Vukolov mengesahkan RUU yang melarang promosi gaya hidup childfree telah dikemukakan di Parlimen Russia. 

Undang-undang itu kini akan dikaji pakar-pakar dalam bidang ini, kata timbalan menteri itu.

Kementerian Kehakiman akan bertindak apabila “cadangan konkrit” dibentangkan, kata Vukolov.

Vukolov berkata negara tidak seharusnya hanya beroperasi melalui larangan, tetapi perlu melakukan lebih banyak lagi bagi mewujudkan keadaan sosial yang menggalakkan pasangan mempunyai anak.

Mahkamah Agung Russia pada November tahun lalu mengharamkan “gerakan awam LGBTQ antarabangsa” di negara itu dan menyifatkannya sebagai badan ekstremis. 

Langkah ini diikuti undang-undang yang melarang operasi penukaran jantina, ditandatangani Presiden Russia, Vladimir Putin pada awal 2024. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending