Terkini
Nie Ching jangan lupa sistem tender terbuka adalah ‘mantera’ DAP – Ramasamy
Bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy mengingatkan Ketua Wanita DAP, Dr P Ramasamy bahawa sistem tender terbuka adalah ‘mantera DAP’ ekoran tindakan Nie Ching mempertahankan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung isu pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada suaminya.
- Bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy mengingatkan Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching bahawa sistem tender terbuka adalah ‘mantera DAP’ ekoran tindakan Nie Ching mempertahankan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung isu pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada suaminya.
- P Ramasamy berkata sekiranya sistem tender terbuka yang juga ‘mantera DAP’ selama ini digunakan, tidak mungkin timbul dakwaan nepotisme, kronisme dan pilih kasih.
- “Nie Ching jangan lupa sistem tender terbuka adalah mantera DAP. Melainkan jika dia berpendapat rundingan terus adalah cara lebih baik menganugerahkan projek kerajaan. Jika ini benar maka DAP sepatutnya digelar “Direct Award Party”.
- “Sebagai kesimpulan, saya ingin mengatakan bahawa pemimpin DAP termasuk Nie Ching tidak berada dalam kedudukan untuk mengajar orang lain mengenai amalan pilih kasih.
- “Sikap hipokrit dan dwi-standard parti (DAP) terlalu terkenal untuk diperkatakan lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis.
KUALA LUMPUR — Bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy mengingatkan Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching bahawa sistem tender terbuka adalah ‘mantera DAP’ ekoran tindakan Nie Ching mempertahankan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung isu pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada suaminya.
P Ramasamy berkata sekiranya sistem tender terbuka yang juga ‘mantera DAP’ selama ini digunakan, tidak mungkin timbul dakwaan nepotisme, kronisme dan pilih kasih.
Katanya, bagaimanapun jika Nie Ching berpendapat rundingan terus adalah cara lebih baik untuk menganugerahkan projek kerajaan, maka DAP wajar digelarkan sebagai “Direct Award Party”.
“Nie Ching jangan lupa sistem tender terbuka adalah mantera DAP. Melainkan jika dia berpendapat rundingan terus adalah cara lebih baik menganugerahkan projek kerajaan. Jika ini benar maka DAP sepatutnya digelar “Direct Award Party”.
“Sebagai kesimpulan, saya ingin mengatakan bahawa pemimpin DAP termasuk Nie Ching tidak berada dalam kedudukan untuk mengajar orang lain mengenai amalan pilih kasih.
“Sikap hipokrit dan dwi-standard parti (DAP) terlalu terkenal untuk diperkatakan lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis.
Terdahulu, media melaporkan desakan Ramasamy supaya Hannah meletak jawatan berhubung isu pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada suaminya disifatkan sebagai tidak adil oleh Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Komunikasi.
Nie Ching berkata tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang selama 15 tahun di bawah kerajaan negeri DAP itu jelas menunjukkan sikap berpura-puranya selepas keluar daripada parti politik itu.
Beliau mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han pada minggu lalu dilaporkan menyatakan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd ialah satu daripada dua syarikat dipilih untuk projek perintis Demand Responsive Transit (DRT).
Perkara itu dilaporkan menjadi perdebatan sesetengah pihak berikutan Ketua Pegawai Eksekutif kepada Asia Mobility adalah suami Hannah iaitu Ramachandran Muniandy.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa bagaimanapun menjelaskan ia sudah melakukan siasatan interim berhubung isu pemberian kontrak itu, namun tidak menemukan sebarang kesalahan.
Ramasamy turut mempersoalkan sama ada Nie Ching menimbulkan kes melibatkan Guan Eng untuk memalukan dirinya atau Ahli Parlimen Bagan tersebut.
Ramasamy berkata komen Nie Ching telah mendedahkan ketidakmatangan dan tidak bertanggungjawab beliau sebagai Ketua Wanita DAP dan timbalan menteri dalam kerajaan Madani.
“Guan Eng didakwa di mahkamah undang-undang dan perbicaraan sedang berjalan pada masa ini. Sewajarnya perkara itu diserahkan kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada Guan Eng bersalah atau tidak.
“Setakat yang saya bimbang, tidak ada double-standard di pihak saya. Bagaimana mungkin saya meminta Guan Eng meletak jawatan sedangkan dia tidak didapati bersalah pada mulanya.
“Adalah menarik untuk mengetahui mengapa Nie Ching menggunakan contoh kes Guan Eng terhadap saya. Adakah untuk memalukan saya atau Guan Eng?,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/