Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu bidas hasrat UNGA jadikan Palestin anggota penuh PBB

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk mempromosikan pengiktirafan negara Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk mempromosikan pengiktirafan negara Palestin.
  • “Tiada siapa yang akan menghalang kami, Israel, daripada menggunakan hak asasi kami untuk mempertahankan diri, bukan UNGA dan bukan mana-mana entiti lain,” kata pejabat Netanyahu dipetik Al Jazeera.
  • UNGA pada Jumaat menerima pakai resolusi dengan 143 undian menyokong usaha Palestin menjadi ahli penuh PBB, sembilan menentang – termasuk Amerika Syarikat dan Israel – manakala 25 negara berkecuali. 
  • Langkah itu tidak memberikan Palestin keahlian penuh PBB tetapi  menyatakan bahawa “Negara Palestin… wajar diterima menjadi ahli” dan “pengesyoran agar Majlis Keselamatan mempertimbangkan semula perkara itu dengan baik”.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk mempromosikan pengiktirafan negara Palestin.

“Tiada siapa yang akan menghalang kami, Israel, daripada menggunakan hak asasi kami untuk mempertahankan diri, bukan UNGA dan bukan mana-mana entiti lain,” kata pejabat Netanyahu dipetik Al Jazeera.

UNGA pada Jumaat menerima pakai resolusi dengan 143 undian menyokong usaha Palestin menjadi ahli penuh PBB, sembilan menentang – termasuk Amerika Syarikat dan Israel – manakala 25 negara berkecuali. 

Langkah itu tidak memberikan Palestin keahlian penuh PBB tetapi  menyatakan bahawa “Negara Palestin… wajar diterima menjadi ahli” dan “pengesyoran agar Majlis Keselamatan mempertimbangkan semula perkara itu dengan baik”.

Dengan kemampuan UNGA semata-mata yang tidak boleh memberikan keahlian penuh PBB, draf resolusi pada Jumaat itu akan memberi rakyat Palestin beberapa hak dan keistimewaan tambahan mulai September 2024.

Ini termasuk kerusi dalam kalangan ahli di dewan perhimpunan PBB – tanpa hak mengundi dalam badan itu. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending