Connect with us

Antarabangsa

Israel tolak gencatan senjata Gaza, lancar serangan ke atas Rafah

Kumpulan pembebasan Palestin Hamas bersetuju dengan cadangan gencatan senjata di wilayah Gaza tetapi kabinet perang Israel sebulat suara menolaknya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kumpulan pembebasan Palestin Hamas (atas) dan Kabinet perang Israel (bawah).
  • Kumpulan pembebasan Palestin Hamas bersetuju dengan cadangan gencatan senjata di wilayah Gaza tetapi Kabinet perang Israel sebulat suara menolaknya.
  • Israel menyifatkannya “jauh daripada tuntutan Israel”, sekaligus mematahkan harapan melihat pertempuran itu dihentikan seketika, lapor Bloomberg.
  • Israel nekad meneruskan “operasinya di Rafah untuk memberi tekanan ketenteraan ke atas Hamas” tetapi berkata akan menghantar delegasi bertemu pengantara “untuk mengguna pakai sepenuhnya kemungkinan tercapainya persetujuan”.
  • Dalam satu kenyataan pada Isnin, Tentera Pendudukan Israel mengumumkan serangan udara baru terhadap sasaran Hamas di kawasan Rafah.
  • Reaksi Israel menyusul beberapa jam selepas Hamas menyiarkan kenyataan di platform Telegram mengatakan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menerima cadangan gencatan senjata Qatar dan Mesir. 

Kumpulan pembebasan Palestin Hamas bersetuju dengan cadangan gencatan senjata di wilayah Gaza tetapi kabinet perang Israel sebulat suara menolaknya.

Israel menyifatkannya “jauh daripada tuntutan Israel”, sekaligus mematahkan harapan melihat pertempuran itu dihentikan seketika, lapor Bloomberg.

Israel nekad meneruskan “operasinya di Rafah untuk memberi tekanan ketenteraan ke atas Hamas” tetapi berkata akan menghantar delegasi bertemu pengantara “untuk mengguna pakai sepenuhnya kemungkinan tercapainya persetujuan”.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Tentera Pendudukan Israel mengumumkan serangan udara baru terhadap sasaran Hamas di kawasan Rafah.

Reaksi Israel menyusul beberapa jam selepas Hamas menyiarkan kenyataan di platform Telegram mengatakan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menerima cadangan gencatan senjata Qatar dan Mesir. 

Soalan mula berbangkit hampir serta-merta mengenai butirannya dengan kedua-dua pegawai Amerika Syarikat dan Israel mengatakan mereka sedang mengkaji tindak balas Hamas.

Al Jazeera memetik Hamas sebagai berkata, sebarang serangan tentera Israel ke atas Rafah di selatan Gaza tidak akan menjadi aktiviti “perkelahan”.

Sebaliknya, Hamas akan “bersedia sepenuhnya” mempertahankan rakyat Palestin.

Sekurang-kurangnya 34,735 orang terbunuh dan 78,108 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. Angka kematian di Israel ialah 1,139 maut dengan puluhan mereka dilaporkan masih ditawan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *