Connect with us

Terkini

Dua aktivis gagal rayu mohon cabar keputusan AG tidak dakwa Zamri Vinoth, Firdaus Wong

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan dua individu yang memohon kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar budi bicara Peguam Negara (AG) untuk tidak mendakwa dua penceramah Islam, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dan Firdaus Wong Wai Hung yang dikatakan menghina penganut agama Hindu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Persekutuan menolak rayuan dua individu yang memohon kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar budi bicara Peguam Negara (AG) untuk tidak mendakwa dua penceramah Islam, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dan Firdaus Wong Wai Hung yang dikatakan menghina penganut agama Hindu.
  • Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Harmindar Singh Dhaliwal sebulat suara menolak kebenaran merayu oleh aktivis, S Sivakumar dan M Rajasegaran untuk meneruskan rayuan mereka.
  • Bercakap bagi pihak hakim yang bersidang, Harmindar memutuskan kuasa budi bicara Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa seseorang di mahkamah atau tidak, hanya boleh dicabar di mahkamah dalam keadaan jarang berlaku dan luar biasa.
  • Sivakumar dan Rajasegaran membuat laporan polis terhadap Zamri dan Firdaus antara 2018 dan 2019 kerana didakwa menghina orang bukan Islam, khususnya Hindu melalui siaran Facebook atau video Youtube.
  • Kedua-duanya mendakwa walaupun terdapat banyak laporan polis, Peguam Negara gagal untuk memulakan pertuduhan jenayah terhadap pendakwah berkenaan.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan menolak rayuan dua individu yang memohon kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar budi bicara Peguam Negara (AG) untuk tidak mendakwa dua penceramah Islam, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dan Firdaus Wong Wai Hung yang dikatakan menghina penganut agama Hindu.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Harmindar Singh Dhaliwal sebulat suara menolak kebenaran merayu oleh aktivis, S Sivakumar dan M Rajasegaran untuk meneruskan rayuan mereka.

Anggota lain panel rayuan mahkamah pada hari ini ialah Hakim Abdul Karim Abdul Jalil dan Vazeer Alam Mydin Meera, lapor Malaysiakini.

Bercakap bagi pihak hakim yang bersidang, Harmindar memutuskan kuasa budi bicara Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa seseorang di mahkamah atau tidak, hanya boleh dicabar di mahkamah dalam keadaan jarang berlaku dan luar biasa.

Beliau berkata ia menjadi contoh undang-undang seperti yang ditetapkan dalam keputusan penting Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), N Sundra Rajoo pada 2021.

Katanya, kedua-dua pemohon gagal melepasi ambang Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, yang menyatakan bahawa kebenaran merayu hanya boleh diberikan jika isu itu melibatkan soalan baru undang-undang yang memerlukan pendengaran mahkamah paling atas negara demi kepentingan mahkamah awam.

Sivakumar dan Rajasegaran membuat laporan polis terhadap Zamri dan Firdaus antara 2018 dan 2019 kerana didakwa menghina orang bukan Islam, khususnya Hindu melalui siaran Facebook atau video Youtube.

Kedua-duanya mendakwa walaupun terdapat banyak laporan polis, Peguam Negara gagal untuk memulakan pertuduhan jenayah terhadap pendakwah berkenaan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending