Connect with us

Antarabangsa

Rumah kediaman komersial dijadikan rumah abu mayat

Fenomena rumah komersial dijadikan rumah untuk meletak abu mayat wujud di beberapa kawasan di China.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Fenomena rumah komersial dijadikan rumah untuk meletak abu mayat wujud di beberapa kawasan di China.
  • Antara faktor fenomena ini wujud adalah disebabkan harga tanah perkuburan di negara itu terlalu tinggi terutamanya di pusat bandar.
  • Penduduk tempatan berkata tanah perkuburan yang kualitinya biasa akan mencecah RMB100,000 (RM65,000).
  • Rumah komersial China merupakan bangunan rumah dibina pemaju hartanah lalu dijual secara komersial kepada pembeli, kebiasaannya dijadikan sebagai rumah kediaman.

Fenomena rumah komersial dijadikan rumah untuk meletak abu mayat wujud di beberapa kawasan di China.

Legal Daily melaporkan wujud individu yang membeli rumah komersial dan menjadikannya khas untuk meletakkan abu mayat.

Malahan, penduduk tempatan berkata di sesetengah bangunan didiami penduduk, akan wujud beberapa ‘rumah abu mayat’ di bangunan sama.

Kebiasaannya, tingkap rumah digunakan untuk meletak abu mayat akan ditutup mati.

Antara faktor fenomena ini wujud adalah disebabkan harga tanah perkuburan di negara itu terlalu tinggi, terutama di pusat bandar.

Penduduk tempatan berkata tanah perkuburan yang kualitinya biasa akan mencecah RMB100,000 (RM65,000).

“Tujuan rumah komersial adalah untuk didiami, bukan untuk menyimpan abu si mati. Penggunaan ini berbeza dengan ‘kediaman’ yang biasa difahami,” kata Zhen Ning, Ketua Jabatan Undang-undang Fakulti Pengurusan Industri Budaya Universiti Komunikasi China ketika mengulas kesahan tindakan itu di sisi undang-undang.

Rumah komersial China merupakan bangunan rumah dibina pemaju hartanah dijual secara komersial kepada pembeli, kebiasaannya dijadikan sebagai rumah kediaman. – The Merdeka Times

Author