Connect with us

Terkini

Pengasas KK Mart mohon ampun kepada Agong, umat Islam

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan umat Islam berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim (kiri) & Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan (kanan).
  • Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan umat Islam berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.
  • Sultan Ibrahim memberi perkenan menerima KK Chai mengadap dan sesi itu berlangsung selama 15 minit di Istana Negara di sini hari ini.
  • “Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) yang dikongsikan menerusi Facebooknya.
  • Baginda bertitah supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara itu, termasuk cubaan menghasut rakyat.

KUALA LUMPUR — Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan umat Islam berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Sultan Ibrahim memberi perkenan menerima KK Chai mengadap dan sesi itu berlangsung selama 15 minit di Istana Negara di sini hari ini.

Baginda bertitah menekankan semua pihak, termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk dijual terutama barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.

“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) yang dikongsikan menerusi Facebooknya.

Baginda bertitah supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara itu, termasuk cubaan menghasut rakyat.

“Sekali lagi, saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah Baginda.

Pada 19 Mac lalu, Sultan Ibrahim dilaporkan murka dan menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki atau stoking yang tertera kalimah Allah tersebut.

Baginda mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu itu berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

Agong juga bertitah adalah tidak masuk akal sebuah syarikat di mana kakitangannya terdiri daripada warganegara Malaysia tidak peka dengan perkara sedemikian. — The Merdeka Times

Author