Connect with us

Antarabangsa

Modi label muslim di India sebagai penceroboh

Perdana Menteri India, Narendra Modi berdepan tuduhan menyebarkan kebencian terhadap umat Islam dalam ucapan kempen pilihanrayanya di Wilayah Rajasthan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.
  • Dalam ucapan kontroversi tersebut Modi melabel masyarakat muslim negara itu sebagai “penceroboh” selain berkongsi pelbagai kiasan anti-Islam yang disambut dengan sorakan penyokongnya.
  • Modi menuduh jika pihak pembangkang menang, hasil negara tersebut akan diagihkan kepada mereka yang mempunyai lebih ramai anak.
  • “Adakah anda fikir bahawa wang titik peluh anda perlu diberikan kepada penceroboh? Adakah anda akan menerima ini?,” soalnya.
  • Menurut pengkritik, kenyataan berkenaan adalah merujuk kepada masyarakat Islam di India.

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi berdepan tuduhan menyebarkan kebencian terhadap umat Islam dalam ucapan kempen pilihanrayanya di Wilayah Rajasthan.

Dalam ucapan kontroversi tersebut Modi melabel masyarakat muslim negara itu sebagai “penceroboh” selain berkongsi pelbagai kiasan anti-Islam yang disambut dengan sorakan penyokongnya.

Modi mendakwa pihak pembangkang sebelum ini mengatakan bahawa penganut Islam mempunyai hak pertama ke atas kekayaan negara berkenaan.

Maka beliau menuduh jika pihak pembangkang menang, hasil negara tersebut akan diagihkan kepada mereka yang mempunyai lebih ramai anak.

“Adakah anda fikir bahawa wang titik peluh anda perlu diberikan kepada penceroboh? Adakah anda akan menerima ini?,” soalnya.

Menurut pengkritik, kenyataan berkenaan adalah merujuk kepada masyarakat Islam di India.

Justeru parti pembangkang utama Kongres India memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu semalam dan mendakwa Narendra Modi secara terbuka menyasarkan minoriti Islam di negara itu dalam ucapan kempen yang bernadakan anti-Islam.

Pegawai tinjauan pendapat tempatan di Rajasthan mengesahkan kepada Al Jazeera bahawa mereka telah menerima sekurang-kurangnya dua aduan terhadap Modi yang menggesa kempen pilihan rayanya digantung dan penahanannya.

Negara yang paling ramai penduduk di dunia itu adalah sekular dari segi perlembagaan dan kod pilihan rayanya yang melarang penyiaran berdasarkan sensitiviti perkauman. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending