Connect with us

Terkini

Institusi kerajaan guna beras import, bantu rakyat dapat bekalan tempatan – Anwar

Kerajaan memutuskan supaya institusi kerajaan seperti hospital, asrama sekolah, kem tentera dan polis menggunakan beras putih import bermula semalam, dalam usaha memudahkan rakyat mendapatkan bekalan beras tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan memutuskan supaya institusi kerajaan seperti hospital, asrama sekolah, kem tentera dan polis menggunakan beras putih import bermula semalam, dalam usaha memudahkan rakyat mendapatkan bekalan beras tempatan.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat boleh menikmati beras tempatan sekiranya institusi berkenaan tidak bergantung sepenuhnya kepada bekalan beras putih tempatan dengan menggunakan beras import.
  • Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri Perlis di Masjid Nurul Huda Felda Chuping di Padang Besar pada Isnin. 

KUALA LUMPUR — Kerajaan memutuskan supaya institusi kerajaan seperti hospital, asrama sekolah, kem tentera dan polis menggunakan beras putih import bermula semalam, dalam usaha memudahkan rakyat mendapatkan bekalan beras tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat boleh menikmati beras tempatan sekiranya institusi berkenaan tidak bergantung sepenuhnya kepada bekalan beras putih tempatan dengan menggunakan beras import.

“Saya beritahu Ketua Setiausaha (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) cari jalan bagi memastikan kilang yang ada beras tempatan hantar sekurang-kurangnya kepada FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) dan pejabat LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) supaya sampai kepada rakyat, tetapi apakah cukup beras tempatan, tak cukup sebab pengeluarannya terbatas.

“Bagaimana nak bantu lagi rakyat dapat harga barang murah? Maka kerajaan bermula 1 April, memutuskan semua keperluan di tentera, polis, sekolah, asrama, hospital digunakan beras import supaya beras murah tempatan boleh dibeli oleh rakyat… maka keperluan rakyat dipermudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri Perlis di Masjid Nurul Huda Felda Chuping di Padang Besar pada Isnin. Turut hadir Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Pada 25 Mac lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata sebarang kontrak kerajaan melibatkan pengedaran beras akan menggunakan beras putih import bermula April ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata lawatan kerjanya ke Perlis semalam amat bermakna apabila pihaknya turut meminta input dan saranan daripada pihak kerajaan negeri berhubung usaha membangunkan negeri itu serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Saya ucap sekali lagi terima kasih kerana kesempatan diberikan kepada kita jadikan lawatan kerja bermakna dengan Speaker, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama Ketua Pengarah ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) dan pegawai kanan lain pelbagai kementerian.

“la tak jadi sesi taklimat biasa, selalunya bila kunjungan, taklimat dan kemudian pulang, tetapi kita minta input dan saranan daripada kerajaan negeri, ini kita lakukan di kebanyakan negeri, Perlis negeri kelima, dua hari lepas di Sarawak.

“Tumpukan apa projek dilaksanakan, apa masalah, kalau lewat sebab apa, apa masalah keluhan rakyat, mengapa kita tak dapat tangani dengan baik, apa lagi untuk jadikan Perlis maju baik dari segi pelancongan tau pembangunan ekonomi keseluruhannya,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata meskipun Kerajaan Negeri Perlis berlainan parti, hubungan akrab dan kerjasama negeri sangat baik dengan kerajaan pusat.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan taklimat pembangunan Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis dan meninjau Bazar Ramadan Persiaran Wawasan di Kangar dalam lawatan singkatnya ke negeri itu semalam. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending