Antarabangsa
Netanyahu mahu “pelabuhan baharu” Gaza diguna untuk pindah keluar warga Palestin
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mencadang “pelabuhan baharu” yang akan dibina Amerika Syarikat (AS) di pantai Gaza digunakan untuk memindah keluar penduduk Palestin dari kawasan itu, lapor media KAN Israel.
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mencadang “pelabuhan baharu” yang akan dibina Amerika Syarikat (AS) di pantai Gaza digunakan untuk memindah keluar penduduk Palestin dari kawasan itu, lapor media KAN Israel.
- Cadangan itu dibentang Netanyahu pada mesyuarat khas Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan Knesset.
- “Tiada halangan untuk rakyat Palestin meninggalkan Semenanjung Gaza, kecuali keengganan negara lain untuk menerima mereka,” kata Netanyahu.
- MEMO melaporkan AS merancang untuk membina jeti terapung sementara di pantai Gaza bagi membolehkan kemasukan bantuan dengan lebih mudah.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mencadang “pelabuhan baharu” yang akan dibina Amerika Syarikat (AS) di pantai Gaza digunakan untuk memindah keluar penduduk Palestin dari kawasan itu, lapor media KAN Israel.
Cadangan itu dibentang Netanyahu pada mesyuarat khas Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan Knesset.
“Pelabuhan itu boleh memudahkan pengeluaran rakyat Palestin dari Gaza,” kata Netanyahu.
“Tiada halangan untuk rakyat Palestin meninggalkan Semenanjung Gaza, kecuali keengganan negara lain untuk menerima mereka,” kata perdana menteri itu.
MEMO melaporkan AS merancang untuk membina jeti terapung sementara di pantai Gaza bagi membolehkan kemasukan bantuan dengan lebih mudah.
Presiden AS, Joe Biden dilaporkan berkata jeti itu akan membolehkan “peningkatan besar-besaran jumlah bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza setiap hari”.
Cadangan Netanyahu untuk memindah keluar penduduk Palestin disambut dengan kemarahan warga Palestin.
“Netanyahu mendedahkan hasratnya terhadap pelabuhan Amerika di Gaza dalam pembentangannya di jawatankuasa keselamatan Knesset Israel mengatakan bahawa pelabuhan itu boleh digunakan untuk memindah keluar rakyat Palestin dari Gaza.
“Dia tidak pernah melepaskan impian pembersihan etnik sepenuhnya rakyat Palestin di Gaza,” kata Setiausaha Agung Inisiatif Nasional Palestin (PNI), Mustafa Barghouti di platform X. – The Merdeka Times