Connect with us

Terkini

Isu kantin sekolah: Pengusaha resah pendapatan tidak setimpal kos operasi, terpaksa tanggung kerugian

Majoriti pengusaha kantin dalam keresahan susulan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan kantin sekolah perlu dibuka sepanjang Ramadan sedangkan terdapat ‘bebanan’ menanti mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Isu kantin sekolah: Pengusaha resah pendapatan tidak setimpal kos operasi, terpaksa tanggung kerugian
Foto: Tangkap layar ruangan komen Facebook Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia.
  • Majoriti pengusaha kantin dalam keresahan susulan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan kantin sekolah perlu dibuka sepanjang Ramadan, sedangkan terdapat ‘bebanan’ menanti mereka.
  • Ini kerana majoriti pengusaha kantin berisiko menanggung kerugian dan tidak mendapatkan keuntungan setimpal dengan perbelanjaan operasi dikeluarkan berikutan tidak ramai murid berbelanja di bulan Ramadan ketika pengusaha kantin perlu membayar gaji pekerja, sewa, elektrik dan sebagainya.
  • Malah, ada penguasa kantin di Ipoh, Perak mendakwa hanya mampu meraih pendapatan RM11.00 semasa membuka kantin pada Rabu di mana keuntungan itu tidak mampu menampung sebarang kos, termasuk perbelanjaan minyak kereta.
  • Dapatan ini berdasarkan tinjauan The Merdeka Times pagi tadi di ruangan komen Facebook Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia yang meminta pengusaha kantin kongsikan situasi kantin di bulan Ramadan dan menyatakan pendapat mereka mengenai arahan membuka kantin sepanjang Ramadan.
  • “Saya kantin dari Kedah. Semalam buka kantin seorang pun tak mai (datang) turun beli. Budak-budak pun tahu malu nak membeli di bulan puasa,” komen seorang pengusaha kantin di Kedah.
  • “Saya buka kantin hari pertama dapat RM18 dan hari ke dua dapat RM14 tahun lalu… tak berbaloi sangat… tahun ni saya tak buka… kita orang niaga kalau rugi buat apa nak teruskan… kena bincang dengan sekolah masalah kita… pengetua cuma cakap nanti PPD turun… buat apa la turun kalau merugikan pada kita peniaga ni. Tapi pihak sekolah pun faham bila saya tak buka,” komen Arisah Andi Tuo.

KUALA LUMPUR — Majoriti pengusaha kantin dalam keresahan susulan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan kantin sekolah perlu dibuka sepanjang Ramadan sedangkan terdapat ‘bebanan’ menanti mereka.

Ini kerana majoriti pengusaha kantin berisiko menanggung kerugian dan tidak mendapatkan keuntungan setimpal dengan perbelanjaan operasi dikeluarkan berikutan tidak ramai murid berbelanja di bulan Ramadan ketika pengusaha kantin perlu membayar gaji pekerja, sewa, elektrik dan sebagainya.

Malah, ada penguasa kantin di Ipoh, Perak mendakwa hanya mampu meraih pendapatan RM11.00 semasa membuka kantin pada Rabu di mana keuntungan itu tidak mampu menampung sebarang kos, termasuk perbelanjaan minyak kereta.

Dapatan ini berdasarkan tinjauan The Merdeka Times pagi tadi di ruangan komen Facebook Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia yang meminta pengusaha kantin kongsikan situasi kantin di bulan Ramadan dan menyatakan pendapat mereka mengenai arahan membuka kantin sepanjang Ramadan.

“Saya kantin dari Kedah. Semalam buka kantin seorang pun tak mai (datang) turun beli. Budak-budak pun tahu malu nak membeli di bulan puasa,” komen seorang pengusaha kantin di Kedah.

“Alhamdulilah bukan nak merungut… tapi semalam sale RM145.. hari ni sale RM133… acano (macam mana) nak cover bayar staf dengan sewa,” komen pengusaha kantin lain.

Foto: Tangkap layar komen pengusaha kantin di Facebook Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia.

Seorang pengusaha kantin yang tahun lalu menjalankan operasi perniagaan ketika bulan Ramadan berkata keuntungan diraih ketika itu dalam sehari sekitar RM18 hingga RM14 yang membuatkan tahun ini beliau tidak lagi membuka kantin kerana tidak mahu menanggung kerugian sama.

“Saya buka kantin hari pertama dapat RM18 dan hari ke dua dapat RM14 tahun lalu… tak berbaloi sangat… tahun ni saya tak buka… kita orang niaga kalau rugi buat apa nak teruskan… kena bincang dengan sekolah masalah kita… pengetua cuma cakap nanti PPD turun… buat apa la turun kalau merugikan pada kita peniaga ni. Tapi pihak sekolah pun faham bila saya tak buka,” komen Arisah Andi Tuo.

Foto: Tangkap layar komen pengusaha kantin di Facebook Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia.

Susulan situasi itu juga ada netizen yang berpandangan sepatutnya keputusan sama ada kantin perlu dibuka atau tidak sepanjang Ramadan dibuat hasil perbincangan pengusaha kantin dan pihak sekolah kerana mereka lebih mengetahui keperluan kantin beroperasi, bukan diputuskan di peringkat dasar.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PKSM) semalam dilaporkan menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran kepada pihak sekolah dan pengusaha kantin bagi menentukan kesesuaian pengoperasian sepanjang bulan Ramadan.

Khairuddin Hamzah berkata perkara itu wajar dipertimbangkan mengambil kira setiap sekolah berdepan situasi yang berbeza.

Katanya, ada pelbagai perkara yang perlu diambil kira, termasuk jumlah murid yang bukan beragama Islam dan bebanan kos operasi yang perlu ditanggung pengusaha.

KPM semalam menegaskan arahan pembukaan kantin sekolah sepanjang Ramadan termaktub dalam Pekeliling Pengurusan Kantin Sekolah, yang mana ia perlu dibuka sepanjang sekolah beroperasi.

Menterinya, Fadhlina Sidek dilaporkan sebagai berkata perkara itu bukan dasar baharu dan ia dilaksanakan khusus untuk sekolah yang mempunyai murid bukan Islam.

“Saya sudah tegaskan penting untuk proses memahamkan pelajar bukan Islam mengenai ibadah oleh rakan-rakan mereka yang beragama Islam dan mereka saling-menghormati antara satu sama lain.

“Saya tidak mahu ada anak bukan Islam dan tidak berpuasa ini makan dalam stor atau makan di tempat yang tidak wajar, sedangkan semua sekolah ada kantin. Jadi mereka harus pergi kantin untuk makan,” katanya dipetik media tempatan di Dewan Rakyat pada Rabu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *