Antarabangsa
Berkati pasangan sejenis, Gereja Russia kecam Vatican
Gereja Ortodoks Russia menyifatkan keputusan Vatican untuk merestui pasangan sejenis adalah menyimpang daripada kepercayaan Kristian.
- Gereja Ortodoks Russia menyifatkan keputusan Vatican untuk merestui pasangan sejenis adalah menyimpang daripada kepercayaan Kristian.
- Menurut kenyataan diterbitkan di laman web gereja itu, Patriarch Kirill dari Moscow meminta Suruhanjaya Biblikal dan Teologi Sinodal “menganalisa” dokumen diterima pakai Vatican pada Disember 2023.
- Suruhanjaya itu bermesyuarat dan “sebulat suara bersetuju bahawa pembaharuan itu mewakili penyimpangan drastik moral ajaran Kristian,” kata kenyataan itu dipetik RT pada 21 Februari lalu.
- Kirill berkata pada masa lalu Gereja Ortodoks Russia “tidak akan” menyokong perkahwinan sejenis dan mengutuk “ideologi LGBT yang berbahaya dan merosakkan”.
- Pandangan gereja itu konsisten dengan kedudukan pihak berkuasa Russia yang pada Disember 2022 mengembangkan larangan sedia ada terhadap “propaganda LGBT”.
Gereja Ortodoks Russia menyifatkan keputusan Vatican untuk merestui pasangan sejenis adalah menyimpang daripada kepercayaan Kristian.
Menurut kenyataan diterbitkan di laman web gereja itu, Patriarch Kirill dari Moscow meminta Suruhanjaya Biblikal dan Teologi Sinodal “menganalisa” dokumen diterima pakai Vatican pada Disember 2023.
Suruhanjaya itu bermesyuarat dan “sebulat suara bersetuju bahawa pembaharuan itu mewakili penyimpangan drastik moral ajaran Kristian,” kata kenyataan itu dipetik RT pada 21 Februari lalu.
Kirill berkata pada masa lalu Gereja Ortodoks Russia “tidak akan” menyokong perkahwinan sejenis dan mengutuk “ideologi LGBT yang berbahaya dan merosakkan”.
Pandangan gereja itu konsisten dengan kedudukan pihak berkuasa Russia yang pada Disember 2022 mengembangkan larangan sedia ada terhadap “propaganda LGBT”.
Dokumen dimaksudkan merupakan deklarasi Vatican dikarang dua pegawai tertinggi di Dicastery for the Doctrine of the Faith bertajuk ‘Fiducia Supplicans’ iaitu Kardinal Victor Manuel Fernandez dan Father Armando Matteo.
Dokumen itu mengkaji “kemungkinan memberkati pasangan dalam situasi luar biasa dan pasangan sejenis tanpa mengesahkan status mereka secara rasmi atau mengubah dalam apa cara sekalipun ajaran Gereja mengenai perkahwinan”.
Menurut perisytiharan itu, paderi Katolik dibenarkan memberkati pasangan sejenis.
Walau bagaimanapun, “berkat ini tidak boleh diberikan bersamaan dengan upacara kesatuan sivil… dan tidak boleh dilakukan dengan pakaian, isyarat, atau perkataan yang menyerupai perkahwinan”.
Penulis berhujah teks itu berdasarkan “visi pastoral” Pope Francis yang digambarkan lebih mesra kepada pasangan sejenis dan ahli komuniti LGBTQ berbanding pendahulunya. – The Merdeka Times