Antarabangsa
Mahkamah Russia sabitkan kes pertama berkaitan “ekstremis LGBT”
Dua mahkamah Russia minggu lalu menetapkan sabitan pertama kerajaan negara itu dalam menetapkan “pergerakan sosial LGBT antarabangsa” sebagai ekstremis yang bermula akhir tahun lalu.
- Dua mahkamah Russia minggu lalu menetapkan sabitan pertama kerajaan negara itu dalam menetapkan “pergerakan sosial LGBT antarabangsa” sebagai ekstremis yang bermula akhir tahun lalu.
- Khamis lalu, mahkamah wilayah selatan Volgograd mendapati seorang lelaki bersalah atas kesalahan “mempamerkan simbol organisasi pelampau.”
- Perkara itu berlaku selepas dia membuat hantaran gambar bendera LGBT dalam talian, lapor Daily Mail memetik bahagian perkhidmatan akhbar mahkamah.
- Lelaki yang hanya dikenali sebagai Artyom P. diarah membayar denda 1,000 rubel, mengaku bersalah dan bertaubat, kemudian mengaku dirinya bertindak menghantar imej itu “disebabkan kebodohan,” kata mahkamah.
- Isnin lalu, mahkamah di Nizhny Novgorod, timur Moscow, menjatuhkan hukuman pentadbiran (tanpa bicara) selama lima hari kepada wanita yang memakai anting-anting berbentuk katak yang memaparkan imej pelangi, kata Aegis, sebuah kumpulan hak LGBT.
- Wanita itu dipanggil ke balai polis selepas lelaki yang merakam pertemuan itu bertindak menyiarkannya dalam talian.
Dua mahkamah Russia minggu lalu menetapkan sabitan pertama kerajaan negara itu dalam menetapkan “pergerakan sosial LGBT antarabangsa” sebagai ekstremis yang bermula akhir tahun lalu.
Khamis lalu, mahkamah wilayah selatan Volgograd mendapati seorang lelaki bersalah atas kesalahan “mempamerkan simbol organisasi pelampau.”
Perkara itu berlaku selepas dia membuat hantaran gambar bendera LGBT dalam talian, lapor Daily Mail memetik bahagian perkhidmatan akhbar mahkamah.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Artyom P. diarah membayar denda 1,000 rubel, mengaku bersalah dan bertaubat, kemudian mengaku dirinya bertindak menghantar imej itu “disebabkan kebodohan,” kata mahkamah.
Isnin lalu, mahkamah di Nizhny Novgorod, timur Moscow, menjatuhkan hukuman penahanan pentadbiran (tanpa bicara) selama lima hari kepada wanita yang memakai anting-anting berbentuk katak yang memaparkan imej pelangi, kata Aegis, sebuah kumpulan hak LGBT.
Wanita itu dipanggil ke balai polis selepas lelaki yang merakam pertemuan itu bertindak menyiarkannya dalam talian.
Perbicaraan bakal disambung minggu depan di Saratov, kawasan barat daya Russia terhadap tindakan jurugambar yang menyiarkan imej bendera pelangi di Instagram, lapor akhbar bebas Russia, Mediazona.
Bendera pelangi mewakili simbol komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender.
Undang-undang Russia melarang “pameran simbol” organisasi yang dianggap ekstremis, senarai yang turut melibatkan platform rangkaian media sosial, Meta.
Mahkamah Agung Russia mengharamkan “pergerakan LGBT” November lalu dalam usaha berterusan Russia menentang ekspresi orientasi songsang dan identiti jantina yang wujud di negara itu. – The Merdeka Times