Connect with us

Antarabangsa

Dua sami gay perdaya penyanyi lakukan seks ‘threesome’

Dua sami gay di wilayah Isaan, Udon Thani, Thailand didakwa cuba memperdayakan seorang penyanyi lagu rakyat Mor Lam untuk melakukan ‘threesome’ atau seks secara bertiga.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dua sami gay di wilayah Isaan, Udon Thani, Thailand didakwa cuba memperdayakan seorang penyanyi lagu rakyat Mor Lam untuk melakukan ‘threesome’ atau seks secara bertiga.
  • Dakwaan tersebut dibuat penyanyi Thailand, Trikawin Khamho, 34, yang berkongsikan insiden dilaluinya itu di Facebook pada 16 Januari lalu.
  • “Dua sami memikat saya untuk berjumpa dengan mereka di penginapan mereka, mengatakan mereka ingin bercakap tentang kerja tetapi mereka sebenarnya mahu melakukan hubungan seks dengan saya. 
  • “Seorang daripada mereka menawarkan wang sebagai pertukaran untuk seks oral, manakala seorang lagi cuba menanggalkan seluar pendek saya. Saya bertuah kerana dapat melarikan diri daripada mereka,” kata Trikawin dipetik The Thaiger.
  • Trikawin mahu kedua-dua sami itu dihukum bagi menghalang individu lain, khususnya kelompok muda daripada diperdaya untuk melakukan hubungan seks.

Dua sami gay di wilayah Isaan, Udon Thani, Thailand didakwa cuba memperdayakan seorang penyanyi lagu rakyat Mor Lam untuk melakukan ‘threesome’ atau seks secara bertiga.

Dakwaan tersebut dibuat penyanyi Thailand, Trikawin Khamho, 34, yang berkongsikan insiden dilaluinya itu di Facebook pada 16 Januari lalu.

“Dua sami memikat saya untuk berjumpa dengan mereka di penginapan mereka, mengatakan mereka ingin bercakap tentang kerja tetapi mereka sebenarnya mahu melakukan hubungan seks dengan saya. 

“Seorang daripada mereka menawarkan wang sebagai pertukaran untuk seks oral, manakala seorang lagi cuba menanggalkan seluar pendek saya. Saya bertuah kerana dapat melarikan diri daripada mereka,” kata Trikawin dipetik The Thaiger.

Trikawin berkata dia dan kumpulan muziknya mengadakan persembahan di kuil di wilayah Udon Thani pada 6 hingga 14 Januari lalu di mana insiden itu berlaku pada hari terakhir persembahan tersebut.

Trikawin berkata sami bernama Khao menjemput dia ke penginapannya sebelum persembahan bermula, namun dia enggan mengikutinya dengan alasan perlu membantu ahli pasukannya membuat persediaan untuk persembahan itu. 

Bagaimanapun, dia kemudiannya bersetuju mengikuti sami itu selepas Sami berkenaan mengatakan Thikawin dan kumpulannya akan diberikan peluang untuk membuat persembahan di kuil lain.

Trikawin berkata dia memutuskan untuk memfailkan aduan terhadap dua sami itu di Balai Polis Nakha pada 6 Februari lalu atas pertuduhan mereka melakukan gangguan seksual terhadapnya. 

Dia mahu kedua-dua sami itu dihukum bagi menghalang individu lain, khususnya kelompok muda daripada diperdaya untuk melakukan hubungan seks. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *