Connect with us

Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Isu saham MAHB: KJ label Khazanah ‘tone deaf’ dalam nilai sentimen politik

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Khazanah Nasional Bhd sebagai ‘tone deaf’ (tidak dapat memahami sesuatu perkara dengan betul) apabila melibatkan sentimen politik ketika mengulas artikel bertajuk, ‘Groups urge govt to reconsider BlackRock’s involvement in MAHB’.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
  • Khazanah is pretty tone deaf when it comes to political sentiment. Got an EQ (Emotional Intelligence) problem at the top, too. (Khazanah pekak nada apabila bercakap tentang sentimen politik. Ada masalah EQ di bahagian pihak atasan juga),” kata Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menerusi ‘story’ di Instagram baru-baru ini ketika mengulas artikel bertajuk, ‘Groups urge govt to reconsider BlackRock’s involvement in MAHB’.
  • Pertubuhan masyarakat sivil menerusi artikel itu yang diterbitkan FMT pada Jumaat lalu, menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusannya membenarkan syarikat didakwa mempunyai kaitan dengan Israel memiliki saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
  • Dalam kenyataan bersama 21 organisasi berkata mereka menentang penyertaan syarikat BlackRock Amerika melalui anak syarikat milik penuh Global Infrastructure Partners (GIP), dalam konsortium dengan Khazanah dan KWSP yang akan memperoleh semua saham dalam MAHB.
  • Mereka berkata walaupun GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) akan memiliki hanya 30 peratus daripada konsortium itu, namun ia membenarkan BlackRock masuk ke dalam pengurusan dan pemilikan 39 lapangan terbang di Malaysia.
  • “Ini adalah aset strategik kepada negara. Tiada pemilikan harus diserahkan kepada entiti asing, lebih-lebih lagi entiti yang mempunyai reputasi berdarah seperti BlackRock,” kata kumpulan itu.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Khazanah Nasional Bhd sebagai ‘tone deaf’ (tidak dapat memahami sesuatu perkara dengan betul) apabila melibatkan sentimen politik ketika mengulas artikel bertajuk, ‘Groups urge govt to reconsider BlackRock’s involvement in MAHB’.

Khazanah is pretty tone deaf when it comes to political sentiment. Got an EQ (Emotional Intelligence) problem at the top, too. (Khazanah pekak nada apabila bercakap tentang sentimen politik. Ada masalah EQ di bahagian pihak atasan juga),” kata Khairy Jamaluddin menerusi ‘story’ di Instagram baru-baru ini.

Foto: Tangkap layar ‘story’ Instagram Khairy Jamaluddin

Pertubuhan masyarakat sivil menerusi artikel ‘Groups urge govt to reconsider BlackRock’s involvement in MAHB’ yang diterbitkan FMT pada Jumaat lalu, menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusannya membenarkan syarikat didakwa mempunyai kaitan dengan Israel memiliki saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Dalam kenyataan bersama 21 organisasi berkata mereka menentang penyertaan syarikat BlackRock Amerika, melalui anak syarikat milik penuh Global Infrastructure Partners (GIP), dalam konsortium dengan Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan memperoleh semua saham dalam MAHB.

Mereka berkata walaupun GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) akan memiliki hanya 30 peratus daripada konsortium itu, namun ia membenarkan BlackRock masuk ke dalam pengurusan dan pemilikan 39 lapangan terbang di Malaysia.

“Ini adalah aset strategik kepada negara. Tiada pemilikan harus diserahkan kepada entiti asing, lebih-lebih lagi entiti yang mempunyai reputasi berdarah seperti BlackRock,” kata kumpulan itu.

Antara kumpulan menandatangani kenyataan itu ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), BDS Malaysia dan Viva Palestina Malaysia. 

Gateway Development Alliance (GDA) dan pemegang sahamnya (Konsortium) pada 15 Mei lalu, mengumumkan tawaran sukarela prasyarat untuk mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki Konsortium berkenaan, pada harga tawaran RM11.00 bagi setiap saham yang bersamaan dengan RM18.4 billion.

Konsortium itu diterajui dua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan Malaysia – Khazanah menerusi anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Berhad (UEMG), KWSP, anak syarikat milik penuh ADIA dan dana diuruskan GIP, salah satu pelabur infrastruktur terkemuka dunia dengan pengalaman memiliki dan menguruskan lapangan terbang.

Apabila tawaran itu selesai sepenuhnya, Khazanah dilaporkan akan meningkatkan pemilikannya dalam MAHB daripada 33.2 peratus kepada 40 peratus, manakala KWSP daripada 7.9 peratus kepada 30 peratus.

Secara kolektif, pelabur Malaysia akan memiliki 70 peratus saham MAHB, manakala ADIA dan GIP akan memiliki baki 30 peratus. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu dilaporkan berkata laporan yang mengatakan 25 peratus baki saham MAHB akan dimiliki syarikat pro Zionis, adalah tidak berasas.

Beliau berkata dakwaan dibangkitkan pembangkang itu hanyalah semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan yang mengatakan Khazanah dan KWSP akan membeli saham MAHB sehingga 70 peratus, manakala lima peratus lagi akan dikuasai kerajaan Abu Dhabi. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending