Antarabangsa
Tiada normalisasi Arab Saudi-Israel selagi isu Palestin tidak selesai
Tiada normalisasi hubungan dengan Israel tanpa penyelesaian kepada isu Palestin, kata Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan kepada CNN dalam satu wawancara disiarkan semalam.
- Tiada normalisasi hubungan dengan Israel tanpa penyelesaian kepada isu Palestin, kata Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan kepada CNN dalam satu wawancara disiarkan semalam.
- Putera Faisal menjelaskan demikian ketika ditanya apakah tiada hubungan normalisasi melainkan adanya laluan ke arah penubuhan negara Palestin yang boleh dipercayai dan kekal.
- “Itulah satu-satunya cara kita akan mendapat manfaat. Jadi, ya, kerana kita memerlukan kestabilan dan kestabilan hanya akan datang melalui penyelesaian isu Palestin,” katanya.
- Putera Faisal berkata satu-satunya cara rantau ini dapat melihat keamanan dan integrasi sebenar yang memberikan manfaat ekonomi dan sosial di Timur Tengah adalah “melalui keamanan, melalui proses yang boleh dipercayai dan tidak berubah untuk pengiktirafan negara Palestin”.
- “Kami bersedia sepenuhnya, bukan hanya sebagai Arab Saudi, tetapi sebagai negara Arab, untuk terlibat dalam perbincangan itu. Saya berharap Israel juga begitu, tetapi ia terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan itu,” kata menteri luar itu.
Tiada normalisasi hubungan dengan Israel tanpa penyelesaian kepada isu Palestin, kata Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan kepada CNN dalam satu wawancara disiarkan semalam.
Putera Faisal menjelaskan demikian ketika ditanya apakah tiada hubungan normalisasi melainkan adanya laluan ke arah penubuhan negara Palestin yang boleh dipercayai dan kekal.
“Itulah satu-satunya cara kita akan mendapat manfaat. Jadi, ya, kerana kita memerlukan kestabilan dan kestabilan hanya akan datang melalui penyelesaian isu Palestin,” katanya.
Putera Faisal berkata satu-satunya cara rantau ini dapat melihat keamanan dan integrasi sebenar yang memberikan manfaat ekonomi dan sosial di Timur Tengah adalah “melalui keamanan, melalui proses yang boleh dipercayai dan tidak berubah untuk pengiktirafan negara Palestin”.
“Kami bersedia sepenuhnya, bukan hanya sebagai Arab Saudi, tetapi sebagai negara Arab, untuk terlibat dalam perbincangan itu. Saya berharap Israel juga begitu, tetapi ia terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan itu,” kata menteri luar itu.
Menghentikan pembunuhan orang awam adalah satu lagi fokus utama Arab Saudi, kata menteri itu.
“Apa yang kita lihat ialah Israel sedang menghancurkan Gaza, penduduk awam Gaza. Ini sama sekali sesuatu yang tidak perlu, ia tidak boleh diterima sama sekali dan perlu dihentikan,” katanya.
Kementerian kesihatan tempatan di Gaza berkata lebih 25,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 62,000 cedera dalam serangan Israel di wilayah itu sejak 7 Oktober lalu.
Kenyataan menteri luar itu sebahagian daripada wawancara dirakam di luar Forum Ekonomi Dunia yang diadakan minggu lalu di Davos, Switzerland dan disiarkan pada Ahad di CNN. – The Merdeka Times