Connect with us

Antarabangsa

Perbicaraan salah laku seksual bekas Kardinal Katolik ditangguh kerana alami demensia

Seorang hakim Wisconsin menggantung pertuduhan terhadap bekas Kardinal Roman Katolik yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja lelaki pada 1970-an kerana defendan mengalami demensia (lupa ingatan).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perbicaraan salah laku seksual bekas Kardinal Katolik ditangguh kerana alami demensia
Foto: Bekas Kardinal Roman Katolik, Theodore McCarrick.
  • Seorang hakim Wisconsin menggantung pertuduhan terhadap bekas Kardinal Roman Katolik yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja lelaki pada 1970-an kerana defendan mengalami demensia (lupa ingatan).
  • Theodore McCarrick tidak hadir secara fizikal bagi pendengaran kes itu tetapi berhubung menerusi telefon, didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang pemuda berumur 18 tahun, lebih 45 tahun lalu, demikian menurut rekod mahkamah.
  • Memetik laporan The Messenger News pada Jumaat, keputusan hakim menangguhkan perbicaraan pada Rabu lalu itu membawa kepada kemungkinan menghentikan usaha mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh yang sebelum ini memegang jawatan  penting dalam Gereja Katolik.

Seorang hakim Wisconsin menggantung pertuduhan terhadap bekas Kardinal Roman Katolik yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja lelaki pada 1970-an kerana defendan mengalami demensia (lupa ingatan).

Theodore McCarrick tidak hadir secara fizikal bagi pendengaran kes itu tetapi berhubung menerusi telefon, didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang pemuda berumur 18 tahun, lebih 45 tahun lalu, demikian menurut rekod mahkamah.

Menurut aduan, beliau dituduh meraba remaja itu pada 1977 semasa menginap di sebuah kabin di Geneva Lake,  tenggara Wisconsin.

Memetik laporan The Messenger News pada Jumaat, keputusan hakim menangguhkan perbicaraan pada Rabu lalu itu membawa kemungkinan menghentikan usaha mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh yang sebelum ini memegang jawatan  penting dalam Gereja Katolik.

Sementara itu, mangsa yang tidak didedahkan pihak mahkamah mendakwa defendan telah berulang kali melakukan jenayah seksual terhadapnya sejak berumur 11 tahun.

Mangsa berkata dia turut dibawa ke majlis di mana lelaki dewasa lain turut mengambil kesempatan melakukan jenayah seksual terhadapnya. – The Merdeka Times

Author