Connect with us

Antarabangsa

Orang pakai kopiah adalah pengganas, Polis rasis belasah pelajar madrasah di balai polis

Seorang pelajar madrasah berusia 12 tahun di Hindpiri, Jharkand, India mendakwa dipukul anggota polis di balai polis ketika beliau dalam perjalanan ke majlis bacaan al-Quran di sebuah pengebumian.

Wartawan TMT

Published

on

Orang pakai kopiah adalah pengganas, Polis rasis belasah pelajar madrasah di balai polis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang pelajar madrasah berusia 12 tahun di Hindpiri, Jharkand, India mendakwa dipukul anggota polis di balai polis ketika beliau dalam perjalanan ke majlis bacaan al-Quran di sebuah pengebumian.
  • Huzaifa Imtiyaz yang merupakan penduduk di kawasan Masjid Mekah, Hindpiri itu telah dibawa secara paksa ke balai polis di mana dia diserang secara fizikal dan dihambur kata-kata kesat oleh dua pegawai polis.
  • Pegawai itu dikenalpasti sebagai Sub-inspektor (SI) Ajay Kumar dan Doktor Ajay dari Hindpiri Thana, demikian lapor News Express pada 1 Januari lalu dipetik The Observer Post.
  • Imtiyaz mendakwa ketika insiden terbabit dia dan rakan-rakannya, kira-kira lapan ke sembilan orang, sedang dalam perjalanan ke majlis Quran Khwaani (majlis bacaan al-quran) di sebuah pengebumian.
  • Imtiyaz berkata, ketika di balai polis itu, pegawai terbabit turut menghamburkan kata-kata kesat dan menggelarkan dia dan rakan-rakannya sebagai pengganas, malah mengatakan “semua pemakai kopiah (orang Islam) adalah pengganas”.

Seorang pelajar madrasah berusia 12 tahun di Hindpiri, Jharkand, India mendakwa dipukul anggota polis di balai polis ketika beliau dalam perjalanan ke majlis bacaan al-Quran di sebuah pengebumian.

Huzaifa Imtiyaz yang merupakan penduduk di kawasan Masjid Mekah, Hindpiri itu telah dibawa secara paksa ke balai polis di mana dia diserang secara fizikal dan dihambur kata-kata kesat oleh dua pegawai polis.

Pegawai itu dikenalpasti sebagai Sub-inspektor (SI) Ajay Kumar dan Doktor Ajay dari Hindpiri Thana, demikian lapor News Express pada 1 Januari lalu dipetik The Observer Post.

Imtiyaz mendakwa ketika insiden terbabit dia dan rakan-rakannya, kira-kira lapan ke sembilan orang, sedang dalam perjalanan ke majlis Quran Khwaani (majlis bacaan al-quran) di sebuah pengebumian.

“Balai Polis Hindpiri terletak di laluan itu. Kami berbual-bual dan saya meminta kawan-kawan untuk berkelakuan seperti maamu log (bahasa gaul untuk polis).

“Tiba-tiba, muncul seorang lelaki menegur kami dan mula mengeluarkan kata-kata makian serta berteriak ‘Siapa yang kamu panggil maamu?”

“Dia kemudian merenggut leher saya dan membawa ke dalam balai,” kata pelajar Muslim itu.

Imtiyaz berkata seorang pelajar senior yang bersama dengan mereka merayu kepada anggota polis terbabit untuk melepaskannya dengan alasan dia cuma seorang kanak-kanak.

Beliau mendakwa dia dan rakan-rakannya juga turut berulang kali digelar pengganas oleh anggota polis terbabit.

“Mereka terus mengatakan yang semua pemakai kopiah (orang Islam) adalah pengganas dan berkata kasar terhadap kami.

“Kemudian datang seorang lelaki Hindu dari kawasan berdekatan dan menghasut pegawai-pegawai itu untuk memukul kami lebih teruk, dia juga mengeluarkan kata-kata kasar terhadap kami,” kata Imtiyaz. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending