Antarabangsa
Menyamar Muslim dan ugut bom kuil, dua lelaki Hindu ditahan polis
Pasukan Petugas Khas (STF) Polis Uttar Pradesh, India pada 3 Januari lalu menahan dua lelaki Hindu kerana mengugut untuk mengebom Kuil Ayodhya, Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dan pegawai tertinggi STF, Amitabh Yash.

- Pasukan Petugas Khas (STF) Polis Uttar Pradesh, India pada 3 Januari lalu menahan dua lelaki Hindu kerana mengugut untuk mengebom Kuil Ayodhya, Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dan pegawai tertinggi STF, Amitabh Yash.
- Siasatan awal mendapati suspek, Tahar Singh dan Omprakash Mishra menghantar mesej ugutan menerusi emel palsu dengan nama Muslim iaitu Alam Ansari ([email protected]) dan Zubair Khan (‘[email protected]).
- Berdasarkan kenyataan polis, Singh membuka kedua-dua akaun itu, sementara Mishra bertindak menghantar mesej berkenaan.
Pasukan Petugas Khas (STF) Polis Uttar Pradesh, India pada 3 Januari lalu menahan dua lelaki Hindu kerana mengugut untuk mengebom Kuil Ayodhya, Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dan pegawai tertinggi STF, Amitabh Yash.
Siasatan awal mendapati suspek, Tahar Singh dan Omprakash Mishra menghantar mesej ugutan menerusi emel palsu dengan nama Muslim iaitu Alam Ansari ([email protected]) dan Zubair Khan(‘[email protected]).
Berdasarkan kenyataan polis, Singh membuka kedua-dua akaun itu, sementara Mishra bertindak menghantar mesej berkenaan.
Menurut laporan Indo-Asian News Service (IANS) yang dipetik The Observer Post pada 4 Januari lalu, kedua-dua suspek menetap di daerah Gonda dan bekerja di institut paramedik.
“Singh merupakan pengurus media sosial sementara Mishra memegang posisi sebagai setiausaha peribadi. Mishra juga sedang mengikuti kursus diploma di kolej sama,” kata polis.
Kedua-dua suspek dituduh di bawah Seksyen 120-B (konspirasi jenayah), Seksyen 153-A (memupuk permusuhan antara kumpulan yang berbeza atas dasar agama, bangsa, tempat lahir, kediaman), Seksyen 201 (menyebabkan hilangnya bukti kesalahan), Seksyen 420 (penipuan) dan Seksyen 468 (pemalsuan untuk tujuan penipuan) IPC.
Mereka juga didakwa di bawah Seksyen 471 (menggunakan sebagai sah sebuah dokumen palsu), Seksyen 506 (pengugutan jenayah) dan Seksyen 507 (Pengugutan jenayah melalui komunikasi anonim) di bawah Kanun Keseksaan India (IPC) dan Akta Teknologi Maklumat. – The Merdeka Times
