Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) “Kita perlu duduki Gaza dan kekal di sana” – Menteri Keselamatan Israel

Israel perlu kekal di Gaza dan pelan perpindahan secara sukarela warga Palestin di wilayah konflik itu perlu dilakukan selepas perang tamat, kata Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

"Kita perlu duduki Gaza dan kekal di sana" – Menteri Keselamatan Israel
Foto: Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir.

KUALA LUMPUR – Israel perlu kekal di Gaza dan pelan perpindahan secara sukarela warga Palestin di wilayah konflik itu perlu dilakukan selepas perang tamat, kata Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir.

Ben Gvir berkata demikian ketika ditanya tentang cadangannya ke atas Gaza ketika serangan rejim zionis ke atas wilayah konflik itu sudah melebihi tempoh 100 hari.

“Pertama sekali, saya cadangkan kita tidak meninggalkan pusat bandar Gaza,” katanya pada sesi wawancara dengan stesen televisyen Israel, Channel 12, pada Rabu.

Apabila dicelah penyampai Channel 12 dengan soalan apakah itu bermaksud dia mahu tinggal di Gaza bersama pasukan tentera, Ben Gvir menjawab “Ya, duduki Gaza dan kekal di sana”.

Mengulas lanjut, Ben Gvir menceritakan tentang pelan perpindahan sukarela yang seharusnya ditawarkan kepada penduduk Gaza supaya mereka boleh meninggalkan wilayah itu.

“Tidak, apa yang boleh dilakukan dan sepatutnya dilakukan adalah pelan perpindahan secara sukarela. Satu pelan galakan, yang akan membenarkan mereka meninggalkan (Gaza),” katanya.

Ben Gvir yang terus diajukan soalan oleh penyampai TV itu juga yakin dengan cadangannya supaya rejim Israel terus kekal di Gaza diikuti rancangan halus mengusir penduduk-penduduk di wilayah konflik itu.

“… sudah pasti. Kalau kita putuskan perkara ini, kita boleh lakukannya,” kata Ben Gvir.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 24,448 rakyat Palestin di Gaza terbunuh, majoritinya wanita dan kanak-kanak, manakala 61,504 lagi tercedera sejak perang pada 7 Oktober lalu.

Di Israel, dipercayai 1,200 warga negara haram itu dengan majoritinya tentera zionis, terkorban dalam serangan pejuang Hamas. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *