Terkini
‘Kerajaan pintu belakang’ adalah kepakaran Anwar – Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa usaha politik langkah-melangkah, ‘kerajaan pintu belakang’ atau ‘backdoor Government’ sebagai kepakaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa usaha politik langkah-melangkah, ‘kerajaan pintu belakang’ atau ‘backdoor Government’ sebagai kepakaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Tun Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri selama dua kali itu berkata, rakyat tentunya tidak lupa peristiwa 16 September pada 2008 yang direncanakan Anwar bagi menubuhkan kerajaan dengan taktik itu.
- “Ada juga langkah yang bersandar kepada “𝘐 𝘩𝑎𝘷𝑒 𝑡𝘩𝑒 𝑛𝘶𝑚𝘣𝑒𝘳𝑠” dan juga langkah “𝘴𝑡𝘳𝑜𝘯𝑔, 𝘧𝑜𝘳𝑚𝘪𝑑𝘢𝑏𝘭𝑒 𝑎𝘯𝑑 𝑐𝘰𝑛𝘷𝑖𝘯𝑐𝘪𝑛𝘨 𝘮𝑎𝘫𝑜𝘳𝑖𝘵𝑦.
- “Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil-alih Kerajaan secara backdoor.
- “Semasa langkah-langkah ini sedang diusahakan ia tidaklah dianggap derhaka, satu pengkhianatan atau akan menyebab kerajaan tidak stabil, merosak ekonomi atau melanggar prinsip demokrasi,” kata Dr Mahathir dalam catatan ‘LANGKAH DEPAN ATAU BELAKANG’ di platform X hari ini.
- Beliau berkata demikian merujuk kepada konspirasi Langkah Dubai bertujuan menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar, yang mana dinafikan pembabitannya oleh Dr Mahathir.
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa usaha politik langkah-melangkah, ‘kerajaan pintu belakang’ atau ‘backdoor Government’ sebagai kepakaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tun Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri selama dua kali itu berkata, rakyat tentunya tidak lupa peristiwa 16 September pada 2008 yang direncanakan Anwar bagi menubuhkan kerajaan dengan taktik itu.
“Saya pasti ramai yang masih ingat langkah 16 September tahun 2008 untuk menubuh backdoor Government. Selain itu, ada juga Langkah Kajang untuk naikkan isteri jadi MB Selangor.
“Ada juga langkah yang bersandar kepada “𝘐 𝘩𝑎𝘷𝑒 𝑡𝘩𝑒 𝑛𝘶𝑚𝘣𝑒𝘳𝑠” dan juga langkah “𝘴𝑡𝘳𝑜𝘯𝑔, 𝘧𝑜𝘳𝑚𝘪𝑑𝘢𝑏𝘭𝑒 𝑎𝘯𝑑 𝑐𝘰𝑛𝘷𝑖𝘯𝑐𝘪𝑛𝘨 𝘮𝑎𝘫𝑜𝘳𝑖𝘵𝑦.
“Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil-alih Kerajaan secara backdoor.
“Semasa langkah-langkah ini sedang diusahakan ia tidaklah dianggap derhaka, satu pengkhianatan atau akan menyebab kerajaan tidak stabil, merosak ekonomi atau melanggar prinsip demokrasi,” kata Dr Mahathir dalam catatan ‘LANGKAH DEPAN ATAU BELAKANG’ di platform X hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian merujuk kepada isu konspirasi Langkah Dubai dipercayai bertujuan menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.
Usaha mengenai langkah itu disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa menerima laporan ‘perisikan’ berhubung perkara itu.
Mengulas lanjut isu kerajaan pintu belakang, Dr Mahathir berkata konspirasi sedemikian hanya boleh dilakukan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
“Kerajaan pintu belakangnya halal dan suci asalkan dapat jadi PM,” katanya.
Dalam catatan itu, Dr Mahathir turut menafikan penglibatan beliau dengan konspirasi Langkah Dubai.
“Beberapa hari kebelakangan ini agak heboh mengenai Langkah Dubai dan ada yang babitkan saya dalam usaha yang dikatakan untuk tubuh Kerajaan pintu belakang. Pertamanya, saya sudah lama tidak ke Dubai,” kata Dr Mahathir. – The Merdeka Times