Connect with us

Terkini

(VIDEO) Kanak-kanak isytihar diri Islam, usah kembalikan kepada keluarga – Mufti Perlis

Kitab Imam Syafi’i, Kitab Al-Umm menyatakan sekiranya kanak-kanak belum baligh datang dengan mengisytihar diri sebagai Islam, kanak-kanak itu tidak seharusnya dikembalikan kepada keluarga mereka dan perlu dijaga. 

Avatar

Published

on

Kanak-kanak isytihar diri Islam, usah kembalikan kepada keluarga – Mufti Perlis
Foto: Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

KUALA LUMPUR – Kitab Imam Syafi’i, Kitab Al-Umm menyatakan sekiranya kanak-kanak belum baligh datang dengan mengisytihar diri sebagai Islam, kanak-kanak itu tidak seharusnya dikembalikan kepada keluarga mereka dan perlu dijaga. 

Merujuk kepada kitab itu, Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata setelah kanak-kanak itu baligh dan memahami Islam, maka mereka boleh diisytiharkan sebagai Islam kerana mengambil kira masa amalan pahala dan dosa mula dihitung. 

“Kalau kita, jika kita bagi balik pada mereka (keluarga), nanti mereka akan paksa mereka (kanak-kanak isytihar diri mereka sebagai Islam itu) atau halang dia daripada Islam, jangan bagi. Kita tak lah sampai tak bagi dekat mak dia, kita hanya meminta peruntukan kita untuk mengajar Islam kepada dia.

“Di dalam sebuah negara majoriti orang Islam yang mengisytiharkan agama rasmi, Agama Persekutuan negara ini ialah Islam, kita nak ajak dia ke Islam, nak bagi dia tau environment Islam. Apabila dia umur 18, Imam Syafi’i kata baligh, bukan 18, baligh tuan-tuan tau, 15 ataupun sebelum daripada itu, tumbuhnya bulu ari-ari ataupun dia bermimpi, ataupun dia haid,” katanya menerusi hantaran di Youtube Dr Maza Channel pada Khamis. 

Mohd Asri (Dr Maza) mengulas berhubung isu pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka tanpa kebenaran bekas isterinya yang diputuskan sebagai tidak sah dan terbatal.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 10 Januari lalu memutuskan demikian berhubung rayuan ibu tunggal, Loh Siew Hong terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei 2023 yang mengekalkan status Islam tiga anak mereka yang ditukar agama oleh bekas suaminya M. Nagahswaran atau nama Islamnya, Muhammad Nagahswaran Muniandy tanpa persetujuannya.

Justeru itu, agama tiga kanak-kanak itu yang mana bagi pasangan kembar yang kini berusia 16 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun kekal sebagai Hindu.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata sekarang bukan masanya untuk berbalah sesama sendiri kerana isu melibatkan kanak-kanak itu merupakan perjuangan yang melibatkan maruah umat Islam di negara ini. 

“Zaman orang Islam (dulu), masatu (masa itu) Islam takdak (tidak) kuat, ramai tak pakai tudung, kampung-kampung pun, minum satu tapak ke depan, tiga tapak ke belakang, zaman Natrah, Natrah bapa keluarga dia nak ambil daripada bapa angkat dia nak tukar dia, supaya dia kembali kepada agama dia, anak Belanda tuan-tuan tengok, satu Malaya buat demonstrasi. Singapore, lawyer-lawyer bangkit bantah kes itu, dukacita dengan peristiwa itu, satu akidah kanak-kanak yang diubah.

“Kemudian, bukan soal itu, kita bukan masa untuk berbalah. Masa ni ialah kita bersatu untuk menyatakan hal ini. Bukan isu mufti sahaja yang bertanggungjawab, semua kita mesti bersuara, bagaimana mungkin keputusan bahawasanya satu orang tak boleh, umur dia 17 tahun, dia tak boleh menerima Islam selagi mak bapa dia tak bersetuju kedua-dua belah pihak walaupun bapa dia dah bersetuju ataupun mak dia dah bersetuju. 

“Tapi Islam adalah perkara yang ada di dada satu orang. Kalau dia Islam dan betul Islam dia, di sisi Allah dia Islam. Perlembagaan ke apa yang ditulis dalam kad pengenalan ke, pendaftaran ke tak menentukan Islamnya, yang menentukan Islamnya ialah akidah dia,” katanya. 

Mohd Asri berkata perkara itu perlu diperjuangkan demi membolehkan orang bukan Muslim lain untuk menganut agama Islam di kemudian hari. — The Merdeka Times

Sumber: Youtube Dr Maza channel

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending