Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) “Israel negara Pariah” – Ahli Parlimen Eropah Clare Daly

Israel akan dikenali sebagai sebuah negara “Pariah” selepas kekejaman, pendudukan haram dan tindakan aparteidnya (perkauman) di wilayah konflik Palestin berakhir kelak, kata Ahli Parlimen Eropah dari Ireland, Clare Daly.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

“Israel negara Pariah” – Ahli Parlimen Eropah Clare Daly
Foto: Ahli Parlimen Eropah dari Ireland, Clare Daly.

KUALA LUMPUR – Israel akan dikenali sebagai sebuah negara “Pariah” selepas kekejaman, pendudukan haram dan tindakan aparteidnya (perkauman) di wilayah konflik Palestin berakhir kelak, kata Ahli Parlimen Eropah dari Ireland, Clare Daly.

Kenyataan Daly itu dapat dilihat menerusi video dimuat naik di akaun Instagramnya, yang turut mengutuk tindakan licik rejim Israel memperluaskan konflik di Timur Tengah.

“Walaupun menyebabkan jumlah kematian yang tinggi, Israel dalam kekalahan. Di lapangan, mahupun di mahkamah pendapat awam.

“Tidak mungkin semua ini berakhir dengan Israel tidak dikira sebagai negara “Pariah” (terbuang) dengan tindakan pendudukan dan aparteid dalam kesempatan singkat mereka dan mereka mengetahuinya.

“Jadi mereka melakukan segala yang mereka mampu, terdesak dengan serangan untuk mencetuskan konflik lebih luas dengan Lubnan, Iran, dengan semua, untuk menarik masuk AS, untuk menyelamatkan mereka dari hasil tindakan mereka sendiri,” kata Daly dalam ucapannya di Parlimen Eropah itu.

Daly turut menyelar Perdana Menteri AS, Joe Biden dan Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen yang menurutnya tanpa sokongan mereka berdua, kekejaman zionis Israel pasti sudah berakhir.

“Seperti apa yang dilihat di Yaman, “Biden si penyembelih” melapor untuk bertugas, dengan “Frau Genocide” (Puan Genosid) Eropah (merujuk kepada Ursula) di sisinya, merekalah yang membenarkan keganasan berterusan Israel, tanpa mereka, semuanya pasti sudah berakhir.

“Jadi ambil perhatian “Biden si penyembelih,” nenek moyang Ireland kamu, yang kamu dakwa sebagai asal kamu, menolak kamu! Jauhkan nama negara kami dari mulut kamu!,” kata Daly.

“Bagi Von Der Leyen, dan (sikap) genosid Jerman dengan perkataan dan perbuatan menyokong Israel di ICJ, (ia) bukan atas nama kami!,” tegas Daly.

Ahli Parlimen Eropah dari Ireland itu mengakhiri ucapannya dengan menegaskan bahawa orang-orang Eropah bersama Palestin dan Afrika Selatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *