Connect with us

Terkini

Ibu dakwa anak tidak dapat BAP

Seorang ibu mendakwa anaknya tidak menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 yang diperuntukkan kerajaan pada 2023 dan 2024 secara sekali bayar.

Avatar

Published

on

Ibu dakwa anak tidak dapat BAP
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kiri) & Guru matematik, Mohd Fadli Salleh (kanan).
  • Seorang ibu mendakwa anaknya tidak menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 yang diperuntukkan kerajaan pada 2023 dan 2024 secara sekali bayar.
  • Perkara itu didedahkan guru matematik, Mohd Fadli Salleh menerusi hantaran di Facebook yang memuat naik beberapa tangkap layar mesej aduan dihantar ibu pelajar terbabit kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di media sosial beliau.
  • Fadli berkata, beliau berkongsikan perkara itu susulan diminta ibu pelajar tersebut yang mengharapkan kementerian berkenaan dan Fadhlina menyedari permasalahan dihadapinya.
  • Setahu saya, semua murid-murid dapat walau mak ayah menteri sekali pun. Rupanya anak-anak yang bersekolah di sekolah JAIS dan integrasi (bukan direct under KPM) tak dapat rupanya. Punca permohonan ditolak adalah kerana status bangunan yang tidak menepati syarat. 
  • “Semoga ada rezeki buat anak-anak di sekolah JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan integrasi juga. Sesungguhnya BAP itu banyak meringankan bebanan ibu bapa,” kata Fadli pada Selasa. 

KUALA LUMPUR — Seorang ibu mendakwa anaknya tidak menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 yang diperuntukkan kerajaan pada 2023 dan 2024 secara sekali bayar.

Perkara itu didedahkan guru matematik, Mohd Fadli Salleh menerusi hantaran di Facebook yang memuat naik beberapa tangkap layar mesej aduan dihantar ibu pelajar terbabit kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di media sosial beliau.

Fadli berkata, beliau berkongsikan perkara itu susulan diminta ibu pelajar tersebut yang mengharapkan kementerian berkenaan dan Fadhlina menyedari permasalahan dihadapinya.

Katanya, beliau dimaklumkan alasan permohonan bantuan itu ditolak disebabkan status bangunan sekolah didiami anak kepada ibu terbabit tidak menepati syarat.

Foto : Tangkap layar mesej dihantar ibu pelajar kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang dimuat naik Fadli di Facebooknya.

Setahu saya, semua murid-murid dapat walau mak ayah menteri sekali pun. Rupanya anak-anak yang bersekolah di sekolah JAIS dan integrasi (bukan direct under KPM) tak dapat rupanya. Punca permohonan ditolak adalah kerana status bangunan yang tidak menepati syarat. 

“Ibu bapa cuba pm (mesej) YBM Fadhlina Sidek tentang isu ni. Tapi kemungkinan besar beliau takkan baca pun. Maklumlah, sehari beribu kot orang pm beliau.

“Jadi mereka mohon saya up kan (naikkan) isu ni di wall saya dengan harapan pegawai KPM dan YBM Fadhlina Sidek perasan. 

“Semoga ada rezeki buat anak-anak di sekolah JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan integrasi juga. Sesungguhnya BAP itu banyak meringankan bebanan ibu bapa,” kata Fadli pada Selasa.

Foto : Tangkap layar mesej dihantar ibu pelajar kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang dimuat naik Fadli di Facebooknya.

Merujuk kepada tangkap layar mesej ibu pelajar terbabit, beliau memaklumkan pihak sekolah anakya menyatakan sekolah tidak menerima bantuan itu kerana JAIS tidak meluluskannya atas sebab tertentu.

“Dengan itu, saya dengan rasa rendah diri memohon bantuan daripada pihak YB sendiri iaitu Menteri Pendidikan atas masalah saya dan sekolah lain yang terlibat agar isu ini selesai dan murid mendapat haknya,” kata ibu pelajar itu menerusi mesej dihantar kepada Fadhlina. 

Pada Oktober lalu, KPM dilaporkan berkata BAP akan disalurkan bermula Januari 2024 menerusi sekolah masing-masing sebelum diagihkan secara tunai atau kredit ke dalam akaun setiap murid.

BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar, akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara. —- The Merdeka Times

Sumber : Facebook Cikgu Fadli

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending