Terkini
Dakwaan fitnah: Zakir Naik failkan tuntutan balas terhadap Ramasamy
Pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik memfailkan tuntutan balas terhadap bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berkenaan tiga kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.
- Pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik memfailkan tuntutan balas terhadap bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berkenaan tiga kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.
- Tuntutan itu susulan saman fitnah Ramasamy, terhadapnya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Disember lalu.
- Saman fitnah Ramasamy terhadap Zakir ketika ini berhubung dakwaan bekas pemimpin DAP itu adalah ‘musuh terbesar Islam’.
- Menurut tuntutan balas itu yang dipetik Malaysiakini, Zakir mendakwa Ramasamy memfitnahnya dengan tiga kenyataan yang didakwa dikeluarkan pada 2019.
- Antaranya berkenaan artikel bertajuk ‘Naik should stop his diabolical game of hatred against non-Muslims in M’sia‘ yang disiarkan pada 12 Ogos 2019 dan dua lagi kenyataan didakwa dibuat di Facebook Ramasamy pada 20 dan 21 Ogos tahun sama.
KUALA LUMPUR — Pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik memfailkan tuntutan balas terhadap bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berkenaan tiga kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.
Tuntutan itu susulan saman fitnah Ramasamy yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, terhadapnya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Disember lalu.
Mereka sebelum ini pernah berdepan di mahkamah, menyaksikan Ramasamy diarah membayar RM1.52 juta sebagai pampasan atas dakwaan memfitnah pendakwah itu.
Saman fitnah Ramasamy terhadap Zakir ketika ini berhubung dakwaan bekas pemimpin DAP itu adalah ‘musuh terbesar Islam’.
Menurut tuntutan balas itu yang dipetik Malaysiakini, Zakir mendakwa Ramasamy memfitnahnya dengan tiga kenyataan yang didakwa dikeluarkan pada 2019.
Antaranya berkenaan artikel bertajuk ‘Naik should stop his diabolical game of hatred against non-Muslims in M’sia‘ yang disiarkan pada 12 Ogos 2019 dan dua lagi kenyataan didakwa dibuat di Facebook Ramasamy pada 20 dan 21 Ogos tahun sama.
Zakir mendakwa artikel pertama itu mendakwa beliau dengan niat jahat menyebarkan kebencian terhadap individu bukan Islam di Malaysia.
Pendakwah bebas itu mendakwa hantaran Ramasamy di Facebook mendakwa beliau sebagai seorang individu yang tidak akan hadir prosiding di mahkamah memandangkan beliau merupakan individu dikehendaki di India dan beliau didakwa tidak ikhlas memohon maaf berhubung ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan.
Zakir antara lain menuntut pampasan, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk dalam saman difailkan itu.
Beliau juga meminta mahkamah mengeluarkan injunksi supaya Ramasamy memadamkan tiga kenyataan itu dan tidak lagi mengulang kenyataan sama pada masa depan. — The Merdeka Times