Antarabangsa
Tentera zionis Israel maut dijangkiti kulat berbahaya
Seorang anggota tentera rejim penjajah Israel maut selepas cedera parah dan dijangkiti kulat berbahaya semasa perang di Gaza, Palestin.

- Seorang anggota tentera rejim penjajah Israel maut selepas cedera parah dan dijangkiti kulat berbahaya semasa perang di Gaza, Palestin.
- Anggota tentera itu sebelum ini dibawa ke Pusat Rawatan Assuta Ashdod awal Disember bagi mendapatkan rawatan kerana kecederaan pada badan, lapor badan penyiaran awam, Kan pada Selasa.
- Hasil pemeriksaan doktor mendapati tentera itu dijangkiti kulat berbahaya semasa di medan perang.
- Meskipun mendapat penjagaan sepanjang masa, anggota tentera itu tidak dapat diselamatkan berikutan jangkitan kulat yang kebal terhadap rawatan diberikan.
- Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan ketika ini bagi mengesahkan kematian askar itu disebabkan jangkitan di lapangan atau di hospital.
Seorang anggota tentera rejim penjajah Israel maut selepas cedera parah dan dijangkiti kulat berbahaya semasa perang di Gaza, Palestin.
Anggota tentera itu sebelum ini dibawa ke Pusat Rawatan Assuta Ashdod awal Disember bagi mendapatkan rawatan kerana kecederaan pada badan, lapor badan penyiaran awam, Kan pada Selasa.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati tentera itu dijangkiti kulat berbahaya semasa di medan perang.
Meskipun mendapat penjagaan sepanjang masa, anggota tentera itu tidak dapat diselamatkan berikutan jangkitan kulat yang kebal terhadap rawatan diberikan.
Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan ketika ini bagi mengesahkan kematian askar itu disebabkan jangkitan di lapangan atau di hospital.
Pengerusi Persatuan Penyakit Berjangkit Israel, Profesor Galai Rahav memaklumkan kira-kira 10 askar Israel dipercayai dijangkiti kulat yang sama dan sedang menjalani rawatan.
Kulat berkenaan diyakini berpunca dari tanah tercemar dengan sisa buangan kumbahan di Gaza.
Jangkitan kulat itu menyebabkan kecederaan dialami tentera rejim Israel tidak dapat disterilkan (nyah jangkitan). – The Merdeka Times
