Terkini
(VIDEO) Pemimpin Israel pengasas “keganasan moden” – George Galloway
Bekas Ahli Parlimen United Kingdom (UK), George Galloway menegaskan bahawa mereka yang memerintah Israel hari ini merupakan pengasas kepada “keganasan moden”.

Bekas Ahli Parlimen United Kingdom (UK), George Galloway menegaskan bahawa mereka yang memerintah Israel hari ini merupakan pengasas kepada “keganasan moden”.
Perkara itu disebut Galloway dalam videonya, menjelaskan pembunuhan ganas tokoh-tokoh Britain oleh pengasas negara Israel satu masa dahulu yang dimuat naik di Youtube pada 16 Disember lalu.
“Mereka cuba membunuh Winston Churchill ketika dia melawan Adolf Hitler. Mereka cuba mengebom pejabat kementerian luar ketika kita berperang dengan Adolf Hitler
“Mereka bunuh menteri British Lord Moyne, mereka bunuh Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Count Bernadotte,” katanya memberi butiran insiden yang berlaku.
Selain penjelasan mengapa Ratu UK tidak pernah menjejakkan kaki di negara haram itu, Galloway turut menggambarkan impak insiden pahit penduduk UK satu masa dulu oleh pengganas rejim zionis Israel itu ke atas warganya.
“Kamu tahu tak ada sebabnya? mengapa mendiang Ratu tidak pernah melawat Israel, walaupun beliau pergi ke pelbagai tempat lain di dunia, beliau tidak akan pernah melawat Israel, kenapa?
“Kerana rakyat British, askar, polis, penjawat awam, institusi kerajaan British, dibunuh dan dimusnahkan pengganas, dari organisasi politik (Israel) yang sama,” kata George kepada audiensnya di Youtube. – The Merdeka Times
View this post on Instagram
