Terkini
Pastikan ikhlas dan serius baru didaftarkan Islam – Mufti Pulau Pinang
Pendaftar mualaf di Jabatan Agama Islam perlu menilai dahulu tahap keikhlasan dan keseriusan seseorang yang memohon untuk menukar agamanya kepada Islam, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.
- Pendaftar mualaf di Jabatan Agama Islam perlu menilai dahulu tahap keikhlasan dan keseriusan seseorang yang memohon untuk menukar agamanya kepada Islam, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.
- Wan Salim berkata calon mualaf juga perlu diwajibkan mengikuti kursus berdasarkan modul disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) sebelum didaftarkan kepada agama Islam secara rasmi.
- “Saya ingin mencadangkan supaya pendaftar mualaf di Jabatan Agama Islam tidak segera mendaftarkan seseorang yang memohon untuk menukarkan agamanya kepada Islam sehingga dapat dipastikan keikhlasan dan keseriusannya terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
- Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang yang membenarkan seorang wanita Sabah mencabar keabsahan pemelukan Islam ketika beliau masih di bawah umur.
KUALA LUMPUR – Pendaftar mualaf di Jabatan Agama Islam perlu menilai dahulu tahap keikhlasan dan keseriusan seseorang yang memohon untuk menukar agamanya kepada Islam, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.
Wan Salim berkata calon mualaf juga perlu diwajibkan mengikuti kursus berdasarkan modul disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) sebelum didaftarkan kepada agama Islam secara rasmi.
“Saya ingin mencadangkan supaya pendaftar mualaf di Jabatan Agama Islam tidak segera mendaftarkan seseorang yang memohon untuk menukarkan agamanya kepada Islam sehingga dapat dipastikan keikhlasan dan keseriusannya terlebih dahulu.
“Sebaiknya, setiap calon mualaf hendaklah diwajibkan mengikuti kursus berdasarkan modul yang disediakan oleh JAINPP sebelum didaftarkan pemelukannya kepada agama Islam didaftarkan secara rasmi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang yang membenarkan seorang wanita Sabah mencabar keabsahan pemelukan Islam ketika beliau masih di bawah umur.
Semalam, media melaporkan wanita dari Sabah itu mahu mahkamah mengisytiharkan sijil penukaran agamanya bertarikh 11 Jun 2020 sebagai tidak sah dan meminta pembatalan Kad Akuan Masuk Islamnya yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Wanita berusia 21 tahun itu memeluk Islam ketika berusia 17 tahun untuk berkahwin dengan teman lelakinya beragama Islam, bagaimanapun lelaki terbabit memutuskan hubungan mereka beberapa bulan kemudian.
Wan Salim turut menasihati mana-mana individu bukan Islam yang ingin memeluk agama Islam supaya berfikir panjang terlebih dahulu.
“Demi memelihara imej agama suci ini kita tidak suka mana-mana individu memperkotak-katikkannya seolah-olah menyamakan pemelukan Islam dengan memasuki pawagam dan boleh keluar semula sesuka hati!
“Tiada siapa yang memaksa anda menjadi seorang Muslim. Namun apabila anda menerima Islam sebagai anutan, maka anda wajib memeliharanya dengan kekal menjadi seorang Muslim yang taat sepanjang hayat,” kata Wan Salim.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata undang-undang berkaitan pemelukan agama Islam perlu disemak semula untuk penambahbaikan khususnya bahagian IX dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang agar kelompongan dapat diatasi. — The Merdeka Times
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia