Connect with us

Antarabangsa

Media Israel mula persoalkan kerugian perang, pertikai jumlah kematian tentera di Gaza

Media Israel mula mengalihkan tumpuan laporan mereka kepada kerugian ketenteraan Israel di Gaza sambil mempertikaikan jumlah kematian tentera diumumkan kerajaan rejim zionis itu, kata Pakar Hal Ehwal Israel, Dr Ayman Hunaiti.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Israel mula mengalihkan tumpuan laporan mereka kepada kerugian ketenteraan Israel di Gaza sambil mempertikaikan jumlah kematian tentera diumumkan kerajaan rejim zionis itu, kata Pakar Hal Ehwal Israel, Dr Ayman Hunaiti.
  • Jordan News melaporkan perkara itu menunjukkan kesabaran masyarakat Israel sudah mula menipis dan tidak mahu lagi menanggung beban peperangan, sama ada kerugian dari sudut ekonomi atau kehilangan nyawa.
  • Hunaiti pada Selasa menyatakan perbezaan pendapat mengenai peperangan dan kesan-kesannya semakin ketara di Israel.

Amman – Media Israel mula mengalihkan tumpuan laporan mereka kepada kerugian ketenteraan Israel di Gaza sambil mempertikaikan jumlah kematian tentera diumumkan kerajaan rejim zionis itu, kata Pakar Hal Ehwal Israel, Dr Ayman Hunaiti.

Jordan News melaporkan perkara itu menunjukkan kesabaran masyarakat Israel sudah mula menipis dan tidak mahu lagi menanggung beban peperangan, sama ada kerugian dari sudut ekonomi atau kehilangan nyawa.

Hunaiti pada Selasa menyatakan perbezaan pendapat mengenai peperangan dan kesan-kesannya semakin ketara di Israel.

Perkara itu terbukti dalam perjumpaan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar di Knesset (Parlimen Israel) dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang mengakui jumlah korban peperangan di Gaza melangkau operasi-operasi ketenteraan sejak Perjanjian Oslo.

Situasi itu membangkitkan rasa tidak puas hati pemimpin-pemimpin parti Buruh yang menolak peperangan diteruskan, demikian lapor Jo24.

Netanyahu dilihat mengelak membincangkan mengenai perancangan di Gaza pasca peperangan, namun menurut Hunaiti tanggungjawab itu akan digalas pihak berkuasa Palestin (PA) bagi mengelak provokasi pelampau Yahudi dalam kerajaan dan mengekalkan keuntungan politik.

Sumber: Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *