Connect with us

Antarabangsa

Israel serbu premis tukaran wang di Tebing Barat, sita RM12.7 juta duit rakyat Palestin

Tentera penjajah zionis Israel menyerbu lima pejabat tukaran wang di Tebing Barat yang diduduki dan merampas 10 juta shekel (RM12.7 juta).

Wartawan TMT

Published

on

Israel serbu premis tukaran wang di Tebing Barat, sita RM12.7 juta duit rakyat Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera penjajah zionis Israel menyerbu lima pejabat tukaran wang di Tebing Barat yang diduduki dan merampas 10 juta shekel (RM12.7 juta).
  • Rejim zionis mendakwa perusahaan terbabit “membantu pengganas.”
  • Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata Israel akan mengisytiharkan lima premis tukaran wang di Tebing Barat itu sebagai “organisasi pengganas.”
  • Keputusan pengisytiharan itu atas dakwaan pemindahan wang kepada Hamas dan Jihad Islam Palestin di Gaza, lapor MENA.

Tentera penjajah zionis Israel menyerbu lima pejabat tukaran wang di Tebing Barat yang diduduki dan merampas 10 juta shekel (RM12.7 juta).

Rejim zionis mendakwa perusahaan terbabit “membantu pengganas.”

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata Israel akan mengisytiharkan lima premis tukaran wang di Tebing Barat itu sebagai “organisasi pengganas.”

Keputusan pengisytiharan itu atas dakwaan pemindahan wang kepada Hamas dan Jihad Islam Palestin di Gaza, lapor MENA.

Seramai 21 individu ditahan tentera Israel di Tebing Barat berhubung dakwaan pemindahan dana kepada kumpulan pembebasan Palestin yang diiktiraf itu.

Keganasan turut dilaporkan berterusan di Tebing Barat yang diduduki dengan lebih 310 rakyat Palestin dibunuh tentera rejim zionis atau peneroka haram Israel sejak 7 Oktober lalu, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Kementerian itu berkata operasi ketenteraan Israel di kem pelarian utara Tebing Barat semalam menyebabkan enam terbunuh dengan pengumuman serangan udara ke atas Kem Nur Shams oleh tentera Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending