Terkini
30 peratus perokok elektronik di Malaysia berusia 12 hingga 15 tahun
Kira-kira 30 peratus perokok elektronik di Malaysia berusia antara 12 hingga 15 tahun, menurut Southeast Asia Tobacco Control Alliance (Seatca).
- Kira-kira 30 peratus perokok elektronik di Malaysia berusia antara 12 hingga 15 tahun, menurut Southeast Asia Tobacco Control Alliance (Seatca).
- Pertubuhan Anti-Tembakau Asia Tenggara itu berkata, prevalen penggunaan rokok elektronik dalam kumpulan umur tersebut tinggi di negara ini berbanding prevalen perokok remaja iaitu 12.5 peratus (10.8 peratus lelaki dan 1.7 peratus perempuan).
- “Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata rokok elektronik secara agresif dipromosi kepada orang muda melalui media sosial dan pempengaruh.
- “Kanak-kanak terutamanya disasarkan menerusi karakter kartun, ketersediaan sekurang-kurangnya 16,000 perasa dan rokok elektronik yang menyerupai mainan, gula-gula dan peralatan persekolahan,” katanya dalam kenyataan, semalam.
KUALA LUMPUR – Kira-kira 30 peratus perokok elektronik di Malaysia berusia antara 12 hingga 15 tahun, menurut Southeast Asia Tobacco Control Alliance (Seatca).
Pertubuhan Anti-Tembakau Asia Tenggara itu berkata, prevalen penggunaan rokok elektronik dalam kumpulan umur tersebut tinggi di negara ini berbanding prevalen perokok remaja iaitu 12.5 peratus (10.8 peratus lelaki dan 1.7 peratus perempuan).
Katanya, secara perbandingan negara lain di Asean seperti Brunei, Kemboja, Laos, Singapura dan Thailand melarang penggunaan alatan itu, termasuk hampir 40 negara lain.
“Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata rokok elektronik secara agresif dipromosi kepada orang muda melalui media sosial dan pempengaruh.
“Kanak-kanak terutamanya disasarkan menerusi karakter kartun, ketersediaan sekurang-kurangnya 16,000 perasa dan rokok elektronik yang menyerupai mainan, gula-gula dan peralatan persekolahan,” katanya dalam kenyataan dipetik FMT, semalam.
Seatca berkata rokok elektronik terbukti menghasilkan bahan toksik berupa karsinogenik walaupun kesan kesihatan jangka panjang terhadap penggunaan rokok itu belum dapat dikenal pasti sepenuhnya.
Katanya, penggunaan rokok elektronik meningkatkan risiko gangguan jantung dan paru-paru.
“Penggunaan rokok elektronik juga menjejaskan perkembangan otak dan menjurus gangguan pembelajaran golongan muda,” katanya.
Mengulas lanjut, Seatca berkata produk itu berbahaya dan tidak cekap digunakan bagi berhenti merokok seperti didakwa.
“Dakwaan kurang bahaya belum dapat dibuktikan dan mengelirukan. Lebih tepat mengatakan ia adalah permulaan bahaya bagi orang muda yang tidak pernah merokok, dan pengganti bahaya kepada perokok yang cuba berhenti merokok,” kata Seatca. — The Merdeka Times
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia