Antarabangsa
Tiada pembebasan tebusan sebelum Jumaat – Israel
Pegawai Israel mengatakan ‘pemberhentian sementara perang’ tidak bermula sebelum Jumaat, walaupun Hamas dan pentadbiran Israel bersetuju untuk gencatan senjata.
- Pegawai Israel mengatakan ‘pemberhentian sementara perang’ tidak bermula sebelum Jumaat, walaupun Hamas dan pentadbiran Israel bersetuju untuk gencatan senjata.
- Perjanjian itu dipersetujui pentadbiran Israel pada Rabu untuk membebaskan tebusan ditahan Hamas dan menghentikan pengeboman oleh kedua-dua pihak.
- Pegawai Israel memberitahu AFP pada awal Khamis, pertempuran di antara Israel dan Hamas di Gaza tidak akan terhenti sebelum Jumaat.
- Komen pegawai itu dikeluarkan sejurus selepas penasihat keselamatan negara, Tzachi Hanegbi pada Rabu berkata, tiada tebusan daripada serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober akan dibebaskan sebelum Jumaat.
BAITULMAQDIS: Pegawai Israel mengatakan ‘pemberhentian sementara perang’ tidak bermula sebelum Jumaat, walaupun Hamas dan pentadbiran Israel bersetuju untuk gencatan senjata.
Perjanjian itu dipersetujui pentadbiran Israel pada Rabu untuk membebaskan tebusan yang ditahan Hamas dan menghentikan pengeboman oleh kedua-dua pihak.
Sebelum ini, ‘pemberhentian sementara perang’ disebut-sebut akan bermula pada Khamis.
Namun pegawai Israel memberitahu AFP pada awal Khamis, pertempuran di antara Israel dan Hamas di Gaza tidak akan terhenti sebelum Jumaat.
Komen pegawai itu dikeluarkan sejurus selepas penasihat keselamatan negara, Tzachi Hanegbi pada Rabu berkata, tiada tebusan daripada serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober akan dibebaskan sebelum Jumaat.
“Rundingan mengenai pembebasan tebusan kami semakin maju dan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan.
“Permulaan pelepasan akan berlaku mengikut perjanjian asal di antara kedua-dua pihak, dan bukan sebelum Jumaat.”
Pegawai Israel memberitahu wartawan sebelum ini, pusat media akan dibuka di Tel Aviv pada tengah hari Khamis untuk membuat liputan mengenai kepulangan tebusan.
Hanegbi tidak memberikan butiran lanjut, dan pegawai Israel tidak serta-merta memberikan sebarang penjelasan untuk perkembangan itu.
Di bawah perjanjian itu, Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata selama empat hari, iaitu pejuang Palestin akan membebaskan sekurang-kurangnya 50 tebusan yang diambil dalam serangan maut mereka.
Sebaliknya, Israel akan membebaskan sekurang-kurangnya 150 tahanan Palestin dan membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan ke wilayah pantai, selepas lebih enam minggu pengeboman, pertempuran hebat dan pengepungan yang melumpuhkan ekonomi Semenanjung Gaza.
Tebusan yang akan dibebaskan Israel ialah wanita dan kanak-kanak, dan tahanan Palestin ialah wanita dan remaja lelaki berumur 18 tahun ke bawah.
Perang bermula selepas pejuang Hamas pada 7 Oktober melancarkan serangan terburuk dalam sejarah Israel, membunuh kira-kira 1,200 orang, kebanyakannya orang awam, dan menahan kira-kira 240 tebusan, kata Israel.
Israel melancarkan kempen pengeboman besar-besaran dan kemudian serangan darat di Gaza yang menurut Hamas membunuh 14,100 orang, beribu-ribu daripadanya ialah kanak-kanak. – AFP
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia