Antarabangsa
Terdapat kesalahan yang jelas dalam operasi ketenteraan Israel – Guterres
Jumlah kematian orang awam di Gaza dalam konflik perang yang berpanjangan membuktikan kesalahan sangat jelas oleh operasi ketenteraan Israel.

- Jumlah kematian orang awam di Gaza dalam konflik perang yang berpanjangan membuktikan kesalahan sangat jelas oleh operasi ketenteraan Israel.
- Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, walaupun dimulakan Hamas pada 7 Oktober, melihat kepada angka kematian orang awam di Gaza, Israel seolah-olah melakukan kesalahan jenayah yang serius dalam serangan balasnya.
- Sehingga kini, angka kematian warga Palestin melebihi 10,000 nyawa dengan 40 peratus daripadanya adalah kanak-kanak.
- Sikap Israel yang berdendam untuk menghapuskan pejuang Hamas, mengepung Gaza, melancarkan operasi serangan darat seolah-olah melanggar piagam antarabangsa.
NEW YORK – Jumlah kematian orang awam di Gaza dalam konflik perang yang berpanjangan membuktikan kesalahan sangat jelas oleh operasi ketenteraan Israel.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, walaupun dimulakan Hamas pada 7 Oktober, melihat kepada angka kematian orang awam di Gaza, Israel seolah-olah melakukan kesalahan jenayah yang serius dalam serangan balasnya.
“Apabila kita melihat jumlah orang awam yang terbunuh dengan operasi ketenteraan, ada sesuatu yang jelas terbukti sebagai salah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama Reuters pada Rabu.
Sehingga kini, angka kematian warga Palestin melebihi 10,000 nyawa dengan 40 peratus daripadanya adalah kanak-kanak.
Guterres juga membandingkan jumlah kanak-kanak yang terbunuh di Gaza dengan jumlah korban dalam konflik di seluruh dunia yang dilaporkannya setiap tahun.
Jelasnya lagi, sikap Israel yang berdendam untuk menghapuskan pejuang Hamas, mengepung Gaza, melancarkan operasi serangan darat seolah-olah melanggar piagam antarabangsa.
Beliau juga berkata, langkah sedemikian tidak membantu Israel untuk meraih simpati masyarakat global, sebaliknya hanya memaparkan imej kekejaman dan tidak berperikemanusian.
Mengulas mengenai penyelesaian konflik, Guterres berkata senario terbaik adalah untuk memastikan semua pihak termasuk perwakilan Palestin dan Israel, tanpa terkecuali PBB, duduk semeja untuk memulakan proses rundingan damai.
Tambahnya, semua pihak terlibat perlu memainkan peranan dengan lebih proaktif untuk memastikan perkara ini tidak berulang dan menjerumus Palestin ke kancah krisis kemanusian yang dahsyat.
Sumber : Astro Awani
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS