Terkini
(VIDEO) Rundingan normalisasi Saudi & Israel masih berjalan – Menteri Arab Saudi
Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid bin Abdulaziz al-Falih mengesahkan isu perbincangan normalisasi antara kerajaan Saudi dan Israel masih berjalan.
- Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid bin Abdulaziz al-Falih mengesahkan isu perbincangan normalisasi antara kerajaan Saudi dan Israel masih berjalan.
- Bagaimanapun, perkara itu bersyarat dengan adanya penyelesaian secara aman berkenaan isu Palestin.
- Al-Falih menjawab persoalan mengenai normalisasi itu dalam sesi perbincangan di Forum Ekonomi Baharu Bloomberg di Singapura pada Rabu.
- “Perkara ini telah dibincangkan, dan ia kekal diperbincangkan, dan ia jelas bahawa kekangan beberapa bulan ini (situasi Palestin) menjelaskan mengapa Arab Saudi begitu tegas bahawa penyelesaian kepada konflik Palestin sebagai sebahagian (syarat) normalisasi lebih luas di Timur Tengah,” katanya dipetik The Cradle.
- Sebelum perang antara Hamas dan Israel meletus pada 7 Oktober lalu, Tel Aviv dan Riyadh sedang mengadakan perbincangan lanjutan untuk menormalisasikan hubungan antara dua negara itu.
Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid bin Abdulaziz al-Falih mengesahkan isu perbincangan normalisasi antara kerajaan Saudi dan Israel masih berjalan.
Bagaimanapun, perkara itu dikenakan syarat dengan adanya penyelesaian secara aman berkenaan isu Palestin.
Al-Falih menjawab persoalan mengenai normalisasi itu dalam sesi perbincangan di Forum Ekonomi Baharu Bloomberg di Singapura pada Rabu.
“Perkara ini telah dibincangkan, dan ia kekal diperbincangkan, dan ia jelas bahawa kekangan beberapa bulan ini (situasi Palestin) menjelaskan mengapa Arab Saudi begitu tegas bahawa penyelesaian kepada konflik Palestin sebagai sebahagian (syarat) normalisasi lebih luas di Timur Tengah,” katanya dipetik The Cradle.
Sebelum perang antara Hamas dan Israel meletus pada 7 Oktober lalu, Tel Aviv dan Riyadh sedang mengadakan perbincangan lanjutan untuk menormalisasikan hubungan antara dua negara itu.
Putera Mahkota Saudi Mohammad bin Salman (MBS) dilaporkan meminta jaminan keselamatan Amerika Syarikat (AS), akses kepada teknologi nuklear awam dan senjata canggih sebagai syarat persetujuan dalam perjanjian itu.
Diplomat Saudi juga menyatakan Israel mesti bersetuju dengan penubuhan negara Palestin seperti yang diperincikan dalam Inisiatif Keamanan Saudi 2002.
Apabila Falih ditanya sama ada Arab Saudi akan menggunakan ekonomi, seperti harga minyak, untuk mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dia ketawa dan menjawab;
“Ini tiada di atas meja (perbincangan) hari ini. Arab Saudi cuba mencapai keamanan melalui perbincangan yang mencari keamanan”.
Sumber: The Cradle
View this post on Instagram