Connect with us

Antarabangsa

Pasukan Interim PBB di Lubnan ditembak rejim penjajah Israel

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) telah terkena tembakan tentera Israel pada hari Sabtu.

Wartawan TMT

Published

on

Pasukan Interim PBB di Lubnan ditembak rejim penjajah Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) terkena tembakan Israel pada Sabtu.
  • Tembakan berlaku ketika pasukan berkenaan membuat rondaan berhampiran perkampungan Aytaroun di selatan Lubnan.
  • “Tiada pasukan pengaman cedera, tetapi kenderaan itu rosak. Insiden ini berlaku semasa tempoh agak tenang di sepanjang Jalur Biru,” kata UNIFIL di platform media sosial X.
  • Garis Biru ialah garisan yang ditetapkan oleh PBB untuk pengunduran tentera Israel dari Lubnan pada tahun 2000.

ANKARA – Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) telah terkena tembakan tentera Israel pada hari Sabtu.

Tembakan itu berlaku ketika pasukan berkenaan sedang membuat rondaan berhampiran perkampungan Aytaroun di selatan Lubnan.

“Tiada pasukan pengaman cedera, tetapi kenderaan itu rosak. Insiden ini berlaku semasa tempoh agak tenang di sepanjang Jalur Biru,” kata UNIFIL di platform media sosial X.

Garis Biru ialah garisan yang ditetapkan oleh PBB untuk pengunduran tentera Israel dari Lubnan pada tahun 2000.

“Kami mengecam tindakan ini dan menekankan tanggungjawab pihak-pihak untuk melindungi pasukan pengaman, mencegah risiko yang tidak perlu kepada mereka yang berusaha untuk mewujudkan kestabilan.

“Kami mengingatkan pihak-pihak tentang kewajipan mereka untuk melindungi pasukan pengaman dan mengelak daripada meletakkan lelaki dan wanita yang sedang bekerja dan berusaha memulihkan kestabilan dalam risiko,” katanya.

Ketegangan telah memuncak di sepanjang sempadan antara Lubnan dan Israel di tengah-tengah tembakan berselang-seli antara tentera Israel dan Hizbullah dalam pertempuran paling maut sejak kedua-dua pihak berperang secara besar-besaran pada 2006.

Ketegangan sempadan berlaku di tengah-tengah serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober lalu.

Gencatan senjata selama empat hari antara tentera Israel dan Hamas berkuat kuasa pada pagi Jumaat di semua kawasan Semenanjung Gaza, menghentikan sementara serangan untuk pertukaran tahanan dan penghantaran bantuan kemanusiaan.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Lubnan haramkan alat kelui dari pesawat

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
  • Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
  • “Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
  • Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
  • Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
  • The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan.

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.

Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.

Media antarabangsa melaporkan Hizbullah memilih menggunakan alat kelui sebagai kaedah komunikasi berteknologi rendah yang dikatakan ‘selamat’ kerana bimbang Israel menggodam telefon pintar mereka dan menggunakannya untuk pengawasan.

Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.

The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending