Terkini
Pandang rendah pada orang Melayu punca kaum lain tolak berasimilasi – Tun Mahathir
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kaum bukan Melayu termasuk Cina di Malaysia enggan untuk berasimilasi dengan masyarakat asal kerana memandang rendah kepada orang Melayu.

- Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kaum bukan Melayu termasuk Cina di Malaysia menolak untuk berasimilasi dengan masyarakat asal kerana memandang rendah dan enggan dikenali sebagai orang Melayu.
- Beliau berkata situasi itu berbeza dengan Indonesia di mana kelompok etnik lain seperti Cina di negara itu telah “berjaya” berasimilasi dan menerima budaya tempatan tetapi ia tidak berlaku di Malaysia.
- “….kenapa orang ini (bukan kaum Melayu) nak mengasingkan, nak kekalkan bahasa mereka, budaya mereka semua berasingan daripada orang tempatan?” katanya menerusi episod terbaharu podcast Keluar Sekejap yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan pada Isnin.
- “Orang lain bersatu, kita berpecah dan masa depan Malaysia dalam 10 tahun bukan lagi Tanah Melayu,” katanya mengulas tentang perkara yang paling beliau pesimistik berhubung Malaysia pada masa hadapan.
KUALA LUMPUR — Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kaum bukan Melayu termasuk Cina di Malaysia enggan untuk berasimilasi dengan masyarakat asal kerana memandang rendah kepada orang Melayu.
Dr Mahathir menegaskan masyarakat Melayu yang meneroka tanah semenanjung ini dan seluruh dunia mengakui bahawa di sini adalah Tanah Melayu.
“Mereka (bukan kaum Melayu) tolak (asimilasi) bukan kita tidak minta, kita hendak mereka jadi orang Melayu tetapi mereka pandang rendah kepada kita. Tidak mahu dikenali sebagai Melayu,” katanya menerusi episod terbaharu podcast Keluar Sekejap yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan pada Isnin.
Beliau berkata situasi itu berbeza dengan Indonesia di mana kelompok etnik lain seperti Cina di negara itu telah “berjaya” berasimilasi dan menerima budaya tempatan tetapi ia tidak berlaku di Malaysia.
“Mereka adalah warga Indonesia kerana menerapkan cara hidup, nilai hidup dan budaya Indonesia, mereka tidak sebut kata ouhh ini Indonesian-Chinese, ini Indonesian-Malay tapi di Malaysia kita ada Malaysian-Chinese, Malaysian-Malay tiada la.
“….kenapa orang ini (bukan kaum Melayu) nak mengasingkan, nak kekalkan bahasa mereka, budaya mereka semua berasingan daripada orang tempatan?” katanya.
Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu kehilangan negara ini apabila kelompok imigran yang datang ke sini ingin mengekalkan identiti, masih mengaitkan diri dengan negara asal mereka malah mahu menukar nama pemilik negara kepada berbilang kaum.
“Sekarang ini tempat mereka tinggal pun satu kawasan mereka hak mereka sahaja hingga ada tempat-tempat yang mana ini mereka (bukan kaum Melayu) punya tiada orang Melayu boleh masuk, tak boleh bertanding.
“Ada juga kawasan Melayu yang orang Cina tak boleh masuk tak boleh bertanding jadi kita tidak jadi satu bangsa. Itu apa yang saya maksudkan dengan bangsa kena serap budaya tempatan,” katanya.
Dr Mahathir berkata beliau menjangkakan dalam tempoh 10 tahun akan datang orang Melayu akan dipinggirkan dan negara ini dijual kepada kaum lain sekiranya situasi-situasi dilalui kaum Melayu hari ini berterusan.
Beliau berkata jangkakan itu sekali gus menyaksikan Malaysia menerima nasib sama dengan apa yang berlaku di Singapura dan negeri Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang.
“Kita duduk di negara kita tak boleh masuk kawasan itu, tak boleh masuk kawasan ini kerana kita sudah jadi lemah, kita berpecah dan tiap-tiap parti kecil-kecil belaka.
“Orang lain bersatu, kita berpecah dan masa depan Malaysia dalam 10 tahun bukan lagi Tanah Melayu,” katanya mengulas tentang perkara yang paling beliau pesimistik berhubung Malaysia pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Dr Mahathir memberitahu beliau bersedia memberikan sokongan kepada mana-mana pemimpin yang boleh melakukan sesuatu untuk memulihkan Malaysia. — The Merdeka Times
Sumber : Youtube Keluar Sekejap
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS