Connect with us

Terkini

Negara Amerika Selatan lancar protes diplomatik terhadap Israel

Beberapa negara Amerika Selatan melancarkan protes diplomatik terhadap Israel sebagai tindak balas kepada pencerobohannya ke atas Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 8,000 orang awam, lapor akhbar The Guardian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Negara Amerika Selatan lancar protes diplomatik terhadap Israel
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Beberapa negara Amerika Selatan melancarkan protes diplomatik terhadap Israel sebagai tindak balas kepada pencerobohannya ke atas Semenanjung Gaza yang membunuh lebih 8,000 orang awam, lapor akhbar The Guardian.
  • Bolivia menamatkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv, dengan menegaskan Israel melakukan jenayah perang serta melanggar hak asasi manusia.
  • Beberapa jam selepas pengumuman itu, kerajaan Chile dan Colombia turut memanggil pulang duta-dutanya ke Israel, manakala Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva turut mengkritik serangan berterusan ke atas Gaza.
  • Presiden Venezuela, Nicolas Maduro kelmarin mengulangi desakan untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin.

LA PAZ, BOLIVIA – Beberapa negara Amerika Selatan melancarkan protes diplomatik terhadap Israel sebagai tindak balas kepada pencerobohannya ke atas Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 8,000 orang awam, lapor akhbar The Guardian.

Bolivia membuat keputusan menamatkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv, dengan menegaskan bahawa Israel melakukan jenayah perang serta melanggar hak asasi manusia.

“Kami menuntut serangan dihentikan di Semenanjung Gaza yang setakat ini telah meragut ribuan nyawa orang awam dan menyebabkan pemindahan rakyat Palestin secara paksa,” kata Menteri dalam Pentadbiran Presiden Luis Arce, Maria Nela Prada dalam satu sidang akhbar semalam.

Beberapa jam selepas pengumuman itu, kerajaan Chile dan Colombia turut memanggil pulang duta-dutanya ke Israel, manakala Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva turut mengkritik serangan berterusan ke atas Gaza.

Bekas presiden Bolivia, Evo Morales sebelum ini menggesa negara itu memutuskan hubungan dengan Israel berikutan keadaan di Palestin.

Beliau turut mendesak agar Israel dinamakan sebagai ‘tanah pengganas’ selain Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu serta rakan sejenayahnya dikecam di mahkamah jenayah antarabangsa kerana pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang. 

Dalam pada itu, Presiden Venezuela, Nicolas Maduro kelmarin mengulangi desakan untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin.

“Mereka (Israel) mahu menghapuskan rakyat Palestin. 

“Bersama-sama semua orang dari seluruh dunia, marilah kita bersatu untuk menyeru gencatan senjata dan menamatkan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin,” katanya.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *