Connect with us

Terkini

Liga Arab-OIC tubuh unit pemantau bagi mendokumentasikan jenayah rejim pengganas Israel 

Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab akan memantau pelaksanaan siasatan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan menubuhkan dua unit pemantau khas undang-undang bagi mendokumentasikan jenayah Israel yang dilakukan di Semenanjung Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Liga Arab-OIC tubuh unit pemantau bagi mendokumentasikan jenayah rejim pengganas Israel 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab akan memantau pelaksanaan siasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan menubuhkan dua unit pemantau khas undang-undang bagi mendokumentasikan jenayah Israel yang dilakukan di Semenanjung Gaza.
  • Unit itu kemudian akan menyediakan prosiding undang-undang mengenai semua pelanggaran dilakukan Israel dan menyerahkan laporan mereka kepada Majlis Liga Arab di peringkat menteri-menteri luar dan majlis menteri-menteri luar OIC.
  • Laporan berkenaan perlu diserahkan dalam tempoh 15 hari selepas pembentukan unit itu.

RIYADH: Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab akan memantau pelaksanaan siasatan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan menubuhkan dua unit pemantau khas undang-undang bagi mendokumentasikan jenayah Israel yang dilakukan di Semenanjung Gaza.

Unit itu kemudian akan menyediakan prosiding undang-undang mengenai semua pelanggaran yang dilakukan oleh Israel dan menyerahkan laporan mereka kepada Majlis Liga Arab di peringkat menteri-menteri luar dan majlis menteri-menteri luar OIC.

Laporan berkenaan perlu diserahkan dalam tempoh 15 hari selepas pembentukan unit itu.

Sidang kemuncak itu juga mengutuk tindakan memaksa hampir satu setengah juta rakyat Palestin berpindah dari utara ke selatan Semenanjung Gaza yang merupakan jenayah perang di bawah Konvensyen Geneva Keempat 1949 dan Protokol 1977.

Terdahulu, sidang kemuncak tergempar itu meluluskan ketetapan menuntut Israel serta-merta menamatkan keganasan di Semenanjung Gaza selain menolak tindakan melancarkan perang atas sebab mempertahankan diri atau bagi mewajarkannya atas apa jua alasan.

Lapor SPA, mesyuarat berkenaan berlangsung di Pusat Konvensyen Raja Abdulaziz di Riyadh, dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.

Sidang kemuncak itu juga menyeru negara anggota OIC dan Liga Arab untuk mengenakan tekanan diplomatik, politik dan undang-undang dan mengambil sebarang tindakan pencegahan untuk menghentikan jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh pihak penceroboh.

Advertisement

Para pemimpin menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengambil keputusan tegas bagi memaksa Israel menghentikan serangan dan melanggar undang-undang antarabangsa.

“Tidak mengambil sebarang tindakan dianggap sebagai bersubahat yang seakan membenarkan Israel untuk meneruskan serangan kejam yang membunuh orang tidak bersalah, kanak-kanak, warga emas dan wanita, serta menyebabkan Gaza hancur dan musnah,” menurut resolusi itu.

Selain itu, para pemimpin Islam juga menyeru semua negara untuk menghentikan eksport senjata dan peluru kepada pihak penceroboh yang digunakan untuk membunuh rakyat Palestin dan memusnahkan rumah, hospital, sekolah, masjid, gereja dan segala kemudahan yang ada.

Mereka juga menggesa pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyelesaikan siasatan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel di semua wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending