Connect with us

Antarabangsa

Ketua pembangkang Israel gesa Netanyahu letak jawatan

Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid menggesa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meletakkan jawatan dan tidak boleh lagi mengetuai kerajaan negara berkenaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid (kiri) dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).
  • Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid menggesa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meletakkan jawatan dan tidak boleh lagi mengetuai kerajaan negara berkenaan.
  • Ia adalah kali pertama sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, Lapid membuat kenyataan seperti itu.
  • “Kerajaan tidak lagi berfungsi. Kita perlukan perubahan dalam kerajaan. Netanyahu tidak boleh lagi terus menjadi perdana menteri negara Israel,” katanya menerusi temubual bersama Channel 12.

BAITULMAQDIS: Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid menggesa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meletakkan jawatan dan tidak boleh lagi mengetuai kerajaan negara berkenaan.

Ia adalah kali pertama sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, Lapid membuat kenyataan seperti itu.

“Kerajaan tidak lagi berfungsi. Kita perlukan perubahan dalam kerajaan. Netanyahu tidak boleh lagi terus menjadi perdana menteri negara Israel,” katanya menerusi temubual bersama Channel 12.

Ketua pembangkang itu kemudian menambah `apa yang kita perlukan ialah kerajaan pemulihan negara’.

Lima hari selepas serangan 7 Oktober lalu, Netanyahu dan pemimpin Parti Perpaduan Nasional, Benny Gantz setuju untuk bergabung tenaga dan menubuhkan kabinet perang yang akan merangkumi Netanyahu, selain Menteri Pertahanan, Yoav Gallant dan anggota Perpaduan Nasional, Gadi Eisenkot.

Lapid bagaimanapun enggan menyertai kerajaan pimpinan Netanyahu dan berkata, ia hanya akan menyembunyikan kegagalan perdana menteri itu.

Ketika ditanya sama ada Netanyahu perlu meletakkan jawatannya sekarang, Lapid menjawab, “Ya.

“Dia mesti pergi sekarang. Dari segi keselamatan dan di tahap masyarakat, kita tidak boleh mempunyai perdana menteri yang sudah kehilangan kepercayaan orang ramai.”

Lapid menuduh Netanyahu sibuk menghalang potongan cukai untuk organisasi baik pulih anti-kehakiman seperti Brothers in Arms, yang kini mengetuai kempen derma untuk penduduk di selatan.

“Kami memerlukan kerajaan yang boleh dipercayai,” katanya.

Menurut tinjauan pendapat yang dikeluarkan Selasa lalu, hanya empat peratus penduduk Israel melihat Netanyahu sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk perang Israel-Palestin.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *