Terkini
Kerajaan perlu pertimbang gubal dasar wajib perlindungan sosial buat pekerja tidak formal
Kerajaan perlu mempertimbang untuk menggubal satu dasar yang mewajibkan pekerja sektor tidak formal untuk mendapat perlindungan sosial.

- Kerajaan perlu pertimbang gubal dasar wajibkan pekerja sektor tidak formal dapatkan perlindungan sosial.
- Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA), Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pelan perlindungan sosial tidak harus dijadikan sebagai pilihan semata-mata.
- “Dengan ini ia dapat memastikan pekerja sektor tidak formal mempunyai masa depan yang lebih terjamin, selain mengelak ketidaksamaan ekonomi,” katanya pada sidang media di Seminar ASEAN Social Security Association (ASSA) ke-40, di sini pada Isnin.
KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu mempertimbang untuk menggubal satu dasar yang mewajibkan pekerja sektor tidak formal untuk mendapat perlindungan sosial.
Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA), Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pelan perlindungan sosial itu tidak seharusnya dijadikan sebagai pilihan semata-mata.
“Dengan ini ia dapat memastikan pekerja sektor tidak formal mempunyai masa depan yang lebih terjamin, selain mengelak ketidaksamaan ekonomi,” katanya pada sidang media di Seminar ASEAN Social Security Association (ASSA) ke-40, di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mohammed Azman menambah, beberapa negara di rantau ini seperti Singapura sudah menjadikan perlindungan sosial sebagai mandatori kepada pekerja sektor tidak formal, dan ia boleh dijadikan rujukan kepada Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, buat masa ini pekerja sektor tidak formal hanya digalakkan untuk membuat caruman secara sukarela.
Menurutnya, KWSP kini dalam usaha menggalakkan orang ramai terutamanya pekerja dalam sektor tidak formal untuk menyertai caruman secara sukarela.
“Dalam konteks Malaysia, kita mulakan usaha dengan menggalakkan orang ramai untuk menyertai secara sukarela, dan usaha ini mendapat sokongan kerajaan menerusi inisiatif i-Saraan.
“Sebaik sahaja Bajet 2024 diluluskan, kerajaan bersetuju untuk mencarum RM500 setahun kepada pekerja sektor tidak formal, termasuk golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap di bawah umur 60 tahun yang mencarum secara sukarela,” ujarnya.
Amir Hamzah menambah, ia adalah langkah pertama dalam menggalakkan pekerja dalam sektor tidak formal untuk menyertai mekanisme simpanan itu.
Terdahulu, Pengerusi Kumpulan KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, pandemik COVID-19 yang melanda dunia tiga tahun lalu telah menjejaskan sektor pekerjaan dengan peningkatan pekerja sektor tidak formal di ASEAN membuka ruang kosong kepada perlindungan sosial.
Justeru katanya, lonjakan pekerja tidak formal menjadi isu kritikal dalam perlindungan sosial di ASEAN, terutamanya di Malaysia.
“Jumlah pekerja tidak formal di ASEAN kini termasuk Malaysia adalah tinggi membabitkan sekitar 244 juta pekerja. Golongan yang memperoleh pendapatan daripada pekerjaan tidak formal merangkumi hampir 79 peratus daripada populasi bekerja formal di rantau ini, malah melepasi purata global sebanyak 61 peratus dan purata Asia Pasifik sebanyak 68 peratus.
“Peratusan pekerjaan tidak formal itu bagaimanapun berbeza-beza di seluruh negara anggota, antara 34 peratus di Brunei hingga lebih daripada 80 peratus di Kemboja, Laos, Myanmar dan Indonesia,” ujarnya.
Dalam pada itu, Persatuan Keselamatan Sosial Keselamatan Antarabangsa (ISSA) dan ASSA memeterai perjanjian persefahaman (MoU) yang menandakan tonggak penting dalam usaha bersama memperkuatkan sistem perlindungan sosial di rantau ASEAN.
MoU itu dijangka dapat menangani cabaran-cabaran termasuk isu kesenjangan dalam perlindungan sosial dan isu pekerja sektor tidak formal dalam kalangan 680 juta penduduk ASEAN.
Sumber: Astro Awani
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel