Antarabangsa
Israel serang sekitar Hospital Indonesia
Pesawat perang Israel melancarkan beberapa siri serangan ganas sekitar Hospital Indonesia di utara Gaza yang menjadi penempatan puluhan ribu mereka yang cedera, sakit dan tiada tempat tinggal.
- Pesawat perang Israel melancarkan beberapa siri serangan ganas sekitar Hospital Indonesia di utara Gaza yang menjadi penempatan puluhan ribu mereka yang cedera, sakit dan tiada tempat tinggal.
- Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memberitahu Al-Jazeera bahawa serangan sistematik rejim Israel ke atas kemudahan penjagaan kesihatan dan hospital bertujuan supaya fungsi sistem kesihatan dihentikan.
- Menurut agensi berita rasmi Palestin WAFA, pengeboman itu menyebabkan kerosakan serius beberapa kemudahan hospital.
- “Hari ini, kami telah kehilangan perkhidmatan asas, dan hospital tidak dapat menjalankan fungsinya,” kata jurucakap itu.
Pesawat perang Israel melancarkan beberapa siri serangan ganas sekitar Hospital Indonesia di utara Gaza yang menjadi penempatan puluhan ribu mereka yang cedera, sakit dan tiada tempat tinggal.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memberitahu Al-Jazeera bahawa serangan sistematik rejim Israel ke atas kemudahan penjagaan kesihatan dan hospital bertujuan supaya fungsi sistem kesihatan dihentikan.
Menurut agensi berita rasmi Palestin WAFA, pengeboman itu menyebabkan kerosakan serius beberapa kemudahan hospital.
View this post on Instagram
“Hari ini, kami telah kehilangan perkhidmatan asas, dan hospital tidak dapat menjalankan fungsinya,” kata jurucakap itu.
Khamis lalu, serangan udara Israel menyasarkan tiga ambulans, Kompleks Perubatan Al-Nasr dan Kompleks Perubatan Al-Shifa.
Israel setakat ini dilaporkan membunuh lebih 10,569 individu, termasuk 4,324 kanak-kanak dan 2,823 wanita, serta mencederakan 26,475 yang lain.
Laporan Kementerian Kesihatan Palestin dan organisasi antarabangsa menyebut majoriti terbunuh dan cedera adalah dari kalangan wanita dan kanak-kanak.
Walaupun perkumpulan tentera Israel dapat dilihat di sekitar sempadan Gaza dan berlakunya penyusupan berkala di pinggir wilayah yang dikepung itu, pasukan pembebasan Palestin, Hamas dilaporkan tetap cuba menangkis serangan rejim zionis.
Sumber: Palestine Chronicle, Middle East Monitor