Connect with us

Antarabangsa

Hospital Al-Shifa di Gaza kembali beroperasi

Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hospital Al-Shifa di Gaza kembali beroperasi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya buka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.
  • “Walaupun terdapat banyak kerosakan yang disebabkan oleh penceroboh (Israel) terhadap infrastruktur (hospital)… Kementerian Kesihatan berjaya membuka semula jabatan dialisis dengan usaha yang luar biasa,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Isnin lapor Agensi Anadolu.

BANDARAYA GAZA: Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.

“Walaupun terdapat banyak kerosakan yang disebabkan oleh penceroboh (Israel) terhadap infrastruktur (hospital)… Kementerian Kesihatan berjaya membuka semula jabatan dialisis dengan usaha yang luar biasa,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Isnin lapor Agensi Anadolu.

Kementerian itu menggesa pesakit dialisis di Bandaraya Gaza dan kawasan-kawasan di utara wilayah terkepung berkenaan untuk mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Al-Shifa.

Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa pada 24 Nov selepas menawan kompleks perubatan itu selama 10 hari. Rejim Israel menuduh Hamas menggunakan hospital itu sebagai markas.

Pada Isnin, Qatar mengumumkan lanjutan jeda kemanusiaan selama dua hari lagi di Gaza.

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *