Antarabangsa
Hanya 1 peratus bantuan sampai kepada penduduk Gaza
Hanya satu peratus bantuan kemanusiaan memasuki Gaza dapat membantu penduduknya, meskipun terdapat peningkatan aliran bekalan.

- Hanya satu peratus bantuan kemanusiaan memasuki Gaza dapat membantu penduduknya, meskipun terdapat peningkatan aliran bekalan.
- Situasi ini disebabkan kekurangan bahan api yang kritikal menyebabkan pengagihan makanan dan bekalan perubatan menjadi semakin sukar.
- Secara purata hanya 14 trak memasuki setiap hari berbanding 400 trak yang diperlukan bagi menampung 2.3 juta penduduk Gaza yang kini terdesak mendapatkan keperluan penting seperti roti.
- “Kami juga memerlukan minyak untuk trak ini, kami tidak menerima apa-apa bahan api, bukan UNRWA, bukan seluruh Gaza. Tiada bahan api dapat masuk ke Gaza sejak 7 Oktober,” kata Jurucakap Agensi Pelarian Palestin Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Julietta Touma.
GAZA: Hanya satu peratus bantuan kemanusiaan memasuki Gaza dapat membantu penduduknya, meskipun terdapat peningkatan aliran bekalan.
Situasi ini disebabkan kekurangan bahan api yang kritikal menyebabkan pengagihan makanan dan bekalan perubatan menjadi semakin sukar.
Jurucakap Agensi Pelarian Palestin Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Julietta Touma berkata meskipun terdapat peningkatan bilangan trak bantuan yang memasuki Gaza, ia masih tidak mencukupi.
Ini kerana secara purata hanya 14 trak memasuki setiap hari berbanding 400 trak yang diperlukan bagi menampung 2.3 juta penduduk Gaza yang kini terdesak mendapatkan keperluan penting seperti roti.
“Kami juga menghadapi cabaran dengan bekalan, bekalan yang telah kehabisan, kerana keperluan yang sangat besar dan pengagihan menerusi pengagihan dari awal.
“Konvoi, sangat-sangat sedikit, hanya 1 peratus daripada apa yang diterima Gaza sebelum ini. Jadi, kami meminta pertambahan bilangan trak ini.
“Kami juga memerlukan minyak untuk trak ini, kami tidak menerima apa-apa bahan api, bukan UNRWA, bukan seluruh Gaza. Tiada bahan api dapat masuk ke Gaza sejak 7 Oktober,” katanya.
Touma menambah cabaran besar dalam pengoperasian mereka termasuk tidak dapat menampung jumlah rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal adalah empat kali lebih banyak daripada yang mereka sasarkan.
Beliau turut memaklumkan operasi berdepan kesulitan, kerana 67 sukarelawan UNRWA turut terkorban.
“Kami mempunyai 670,000 orang di pusat perlindungan kami. Adakah kita mampu memberi bantuan kepada semua orang? Tidak, sudah tentu kami tidak mampu, kerana mereka berada di seluruh Semenanjung Gaza.
“Ramai sebenarnya masih di utara atau di kawasan tengah. Pasukan kami juga terkesan. Kami tidak dapat membantu semua orang yang memerlukan, jadi kami tidak dapat memenuhi tugas kemanusiaan kami terhadap rakyat, komuniti yang kami berkhidmat di Semenanjung Gaza,” katanya.
Di sebalik kebenaran bantuan memasuki Gaza, Israel laksana pemeriksaan ke atas mana-mana bantuan yang masuk.
Sehingga kini bantuan bahan api masih dilarang ke Gaza, atas sebab ia akan dimanipulasi pejuang Hamas untuk tujuan ketenteraan mereka.
Angka kematian akibat pengeboman di gaza kini meningkat kepada lebih 8,525 orang termasuk 3,542 kanak-kanak.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas