Connect with us

Antarabangsa

Gaza: Tentera Israel bom sekolah tempatkan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal

Tentera Israel pada Selasa mengebom sebuah sekolah yang menjadi tempat berlindung penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal ketika konflik di wilayah itu memasuki hari ke-46.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gaza: Tentera Israel bom sekolah tempatkan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel pada Selasa bom sekolah yang menjadi tempat berlindung penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal ketika konflik di wilayah itu memasuki hari ke-46.
  • Menurut Palestine TV, serangan udara Israel sasar sekolah di kawasan al-Faluja di kem pelarian Jabalia, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.
  • Dalam serangan itu, tentera penceroboh bom sembilan rumah di bandar Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza menyebabkan banyak kematian, lapor Agensi Anadolu.

ISTANBUL, 21 Nov (Bernama-AA) — Tentera Israel pada Selasa mengebom sebuah sekolah yang menjadi tempat berlindung penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal ketika konflik di wilayah itu memasuki hari ke-46.

Menurut Palestine TV, serangan udara Israel menyasarkan sebuah sekolah di kawasan al-Faluja di kem pelarian Jabalia, menyebabkan beberapa ramai penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.

Dalam serangan itu, tentera penceroboh mengebom sembilan rumah di bandar Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza menyebabkan banyak kematian, lapor Agensi Anadolu.

Pihak berkuasa kesihatan masih belum mengumumkan angka penduduk yang terkorban dalam serangan udara Israel itu.

Sementara itu, Agensi Berita Palestin Wafa melaporkan perkhidmatan telekomunikasi di Bandaraya Gaza dan kawasan di utara Semenanjung Gaza terputus sepenuhnya susulan pengeboman  tentera rejim ke atas menara telekomunikasi.

Sekurang-kurangnya 13,300 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 5,600 kanak-kanak dan 3,550 wanita dalam pengeboman tanpa henti Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.

— BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *