Antarabangsa
Gambar AI sami berlumba motor, main alat muzik dianggap rosakkan imej sami Buddha
Pejabat Kebangsaan Buddhisme (NOB) meminta Polis Siber Thailand mengadakan siasatan susulan penemuan kandungan foto dari teknologi kecerdasan buatan (AI) di Facebook yang tidak sesuai dengan agama Buddha.

- Pejabat Kebangsaan Buddhisme (NOB) meminta Polis Siber Thailand mengadakan siasatan susulan penemuan kandungan foto dari teknologi kecerdasan buatan (AI) di Facebook yang tidak sesuai dengan agama Buddha.
- Kandungan foto AI itu menggambarkan sami Buddha terlibat aktiviti bukan agama seperti bermain alat muzik dan berlumba dengan motosikal yang dianggap merosakkan imej komuniti itu dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Buddha.
- Ketua Sekretariat Persatuan Buddha dan yang juga Jurucakap NOB, Suphat Mueangma berkata penggunaan AI untuk mencipta imej mencemarkan nama baik komuniti sami semakin meningkat dan berpotensi membawa salah faham bagi mereka yang melihatnya.
Pejabat Kebangsaan Buddhisme (NOB) meminta Polis Siber Thailand mengadakan siasatan susulan penemuan kandungan foto dari teknologi kecerdasan buatan (AI) di Facebook yang tidak sesuai dengan agama Buddha.
Kandungan foto AI itu menggambarkan sami Buddha terlibat aktiviti bukan agama seperti bermain alat muzik dan berlumba dengan motosikal yang dianggap merosakkan imej komuniti itu dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Buddha.
Ketua Sekretariat Persatuan Buddha yang juga Jurucakap NOB, Suphat Mueangma memaklumkan surat sudah dirangka kepada Polis Siber untuk meminta siasatan dilakukan terhadap sumber kandungan itu.
NOB menemui sembilan imej sami dicipta menggunakan AI di Facebook memperlihatkan kelompok itu melakukan aktiviti bukan berkaitan agama, lapor KhaoSod dipetik The Thaiger.
Suphat berkata NOB meminta bantuan untuk imej itu dialih keluar dan kini siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti asal usul imej yang dijana AI supaya pihaknya dapat berkoordinasi dengan Polis Siber bagi tindakan selanjutnya.
Jurucakap itu berkata penggunaan AI untuk mencipta imej yang mencemarkan nama baik komuniti sami semakin meningkat dan berpotensi membawa salah faham bagi mereka yang melihatnya.
Suphat menegaskan adalah sangat tidak wajar menggunakan AI untuk mencipta dan mengedarkan imej sami dalam talian dengan tindakan yang dilihat sebagai memfitnah. — The Merdeka Times
Sumber : The Thaiger
