Terkini
Didakwa senada rancangan Israel pindah penduduk Gaza ke Sinai, GSPP tuntut penjelasan PMX
Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) mempersoalkan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa senada dengan rancangan rejim Israel untuk memindahkan rakyat Palestin di Gaza ke Semenanjung Sinai.
- Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) mempersoalkan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa senada dengan rancangan rejim Israel untuk memindahkan rakyat Palestin di Gaza ke Semenanjung Sinai.
- Gabungan itu berkata sekiranya dakwaan itu benar sebagaimana disebut Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat sebelum ini, maka kerajaan perlu menjelaskannya.
- Antara penjelasan dituntut adalah di pihak manakah sebenarnya Malaysia berada di dalam konflik Palestin-Israel dan atas alasan apakah Malaysia menyokong supaya Gaza dikosongkan.
- “(ketiga) Kalau ini bukan kenyataan rasmi kerajaan, kenapa ‘simpan’ orang jenis bercakap tak fikir dulu seperti Saifudin?” kata gabungan itu dalam hantaran di Telegram hari ini.
- GSPP turut memuat naik klip video Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berkata isu pokok kepada Palestin adalah mengeluarkan rakyatnya dari tanah Gaza yang sedang dikepung dan perkara itu dilakukan Perdana Menteri ketika ini.
- Media Israel dilapor mendedahkan tentera Zionis kini dalam perancangan untuk memindahkan penduduk awam di Gaza ke Semenanjung Sinai selepas perang bagi membolehkan mereka menawan wilayah konflik itu.
KUALA LUMPUR — Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) mempersoalkan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa senada dengan rancangan rejim Israel untuk memindahkan rakyat Palestin di Gaza ke Semenanjung Sinai.
Gabungan itu berkata sekiranya dakwaan itu benar sebagaimana disebut Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat sebelum ini, maka kerajaan perlu menjelaskannya.
Antara penjelasan dituntut adalah di pihak manakah sebenarnya Malaysia berada di dalam konflik Palestin-Israel dan atas alasan apakah Malaysia menyokong supaya Gaza dikosongkan.
“Idea PMX senada dengan rancangan Israel untuk memindahkan rakyat Gaza ke Sinai?
“Jika benar apa yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri, kerajaan perlu jawab soalan ini: (pertama) Malaysia berada di pihak mana sebenarnya; Israel atau Palestin?, (kedua) Atas alasan apa Malaysia menyokong Gaza dikosongkan?.
“(ketiga) Kalau ini bukan kenyataan rasmi kerajaan, kenapa ‘simpan’ orang jenis bercakap tak fikir dulu seperti Saifudin?” kata gabungan itu dalam hantaran di Telegram di sini hari ini.
GSPP turut memuat naik klip video Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berkata isu pokok kepada Palestin adalah mengeluarkan rakyatnya dari tanah Gaza yang sedang dikepung dan perkara itu dilakukan Perdana Menteri ketika ini.
Mengulas kenyataan itu, GSPP menegaskan kerajaan perlu membuat penjelasan dan pengesahan terhadap kenyataan menteri terbabit.
“Jika benar itu dikatakan, jangan sampai rakyat Malaysia menuduh kerajaan mengkhianati perjuangan 75 tahun rakyat Palestin,” kata GSPP.
Terbaharu, media Israel dilapor mendedahkan tentera Zionis kini dalam perancangan untuk memindahkan penduduk di Gaza ke Semenanjung Sinai selepas perang bagi membolehkan mereka menawan wilayah konflik itu.
Perkara itu didedahkan menerusi satu dokumen yang mengandungi usul untuk memindahkan kesemua penduduk Gaza ke ‘bandar khemah’ buat sementara waktu sebelum berpindah ke bandar tetap yang dibangunkan di kawasan Sinai Utara.
Usul tersebut yang dibentangkan pada 13 Oktober lalu turut mengandungi perancangan untuk menubuhkan zon penampan beberapa kilometer di dalam Mesir yang menyaksikan penduduk Gaza tidak boleh keluar dari kawasan tersebut.
Kementerian Perisikan Israel mengesahkan kewujudan dokumen tersebut, namun menurut seorang pegawai, ia mungkin tidak akan dilaksanakan.
GSPP yang dahulunya disertai 13 NGO kini bergerak bersama lebih 47 NGO dengan objektif membawa naratif seragam dalam memperjuangkan pembebasan mutlak warga Palestin dari penjajahan rejim haram Israel.— The Merdeka Times
Sumber : Telegram Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa2 days ago
Turkiye sekat akses Discord