Connect with us

Antarabangsa

Ceroboh Hospital al-Shifa, komuniti antarabangsa digesa persoal risikan pengganas Israel

Profesor di Institut Doha, Tamer Qarmout menyeru komuniti antarabangsa untuk mula mempersoalkan “risikan” Israel yang membenarkan serbuan ke atas Hospital al-Shifa dengan dakwaan bagi mencari terowong, senjata dan tawanan Hamas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Profesor di Institut Doha, Tamer Qarmout menyeru komuniti antarabangsa untuk mula mempersoalkan “risikan” Israel yang membenarkan serbuan ke atas Hospital al-Shifa dengan dakwaan bagi mencari terowong, senjata dan tawanan Hamas.
  • Andreas Krieg, seorang profesor kajian keselamatan di King’s College London, dakwaan Israel mengenai Hospital al-Shifa sebagai pusat arahan Hamas telah dilakukan “selama sedekad”.
  • “Israel sentiasa membawa naratif ini dan sudah tiba masa kebenarannya perlu dibuktikan. Tentera mereka kini di hospital tersebut dan mereka perlu kemukakan bukti bahawa ia sememangnya benar,” kata Andreas kepada Al Jazeera.
  • Wartawan Al Jazeera di Gaza, Jihad Abu Shanab, sewaktu serbuan dilakukan pengganas Israel terhadap kompleks al-Shifa, beliau memaklumkan orang awam disoal siasat dengan kejam, selain dimalukan dengan teruk oleh tentera zionis.

Profesor di Institut Doha, Tamer Qarmout menyeru komuniti antarabangsa untuk mula mempersoalkan “risikan” Israel yang membenarkan serbuan ke atas Hospital al-Shifa dengan dakwaan bagi mencari terowong, senjata dan tawanan Hamas.

Menurut Qarmout, hasrat pengganas Israel untuk menawan Gaza bukan lagi rahsia apabila tentera penjajah itu bertegas mahukan kawalan penuh terhadap utara Gaza sebaik perang selesai.

Justeru untuk meraih lebih banyak masa merampas sepenuhnya Kota Gaza dan utara, Israel akan terus menyebarkan “naratif palsu serta tuduhan, dengan bantuan Amerika Syarikat (AS).”

“Ia bukan sesuatu yang mudah bagi Israel, Hamas akan terus menentang, tetapi orang awam yang membayar harga sebenar genosid ini,” katanya kepada Al Jazeera.

Manakala itu bagi Andreas Krieg, seorang profesor kajian keselamatan di King’s College London, dakwaan Israel mengenai Hospital al-Shifa sebagai pusat arahan Hamas telah dilakukan “selama sedekad”.

“Israel sentiasa membawa naratif ini dan sudah tiba masa kebenarannya perlu dibuktikan. Tentera mereka kini di hospital tersebut dan mereka perlu kemukakan bukti bahawa ia sememangnya benar,” kata Andreas kepada Al Jazeera.

Bagaimanapun jelas Andreas, bukti yang dikemukakan zionis sejak beberapa hari lalu dari hospital lain bukan saja tidak dapat disimpulkan malah kebanyakannya tidak konsisten, menunjukkan banyak kelemahan serta maklumat yang salah menyebabkan dakwaan tersebut sukar dipercayai.

“Dari sudut pandangan perisikan, saya berpendapat Amerika hanya meniru Israel serta tidak mendatangkan bukti mereka sendiri.”

Sementara itu menurut Wartawan Al Jazeera di Gaza, Jihad Abu Shanab, sewaktu serbuan dilakukan pengganas Israel terhadap kompleks al-Shifa, orang awam disoal siasat dengan kejam, selain dimalukan dengan teruk oleh tentera zionis.

“Sebelum menyerbu perkarangan (hospital), mereka menyasarkan setiap tingkat, penjananya, unit komunikasinya, dan sekarang kami tidak boleh berhubungan dengan dunia luar.

Jihad turut memaklumkan bahawa saksi iaitu orang awam di perkarangan al-Shifa mengesahkan bahawa Hamas sama sekali tidak kelihatan di situ dan hospital tersebut hanya mengandungi doktor, pesakit serta rakyat Gaza yang cuba mendapatkan perlindungan.

Menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Gaza, terdapat kira-kira 2,500 orang di fasiliti itu termasuk kumpulan medik, 600 pesakit yang cedera dan 36 bayi baru lahir – serta orang awam. -The Merdeka Times

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *