Connect with us

Antarabangsa

Setiausaha Agung PBB kecewa dengan ‘sekatan menyeluruh’ Israel

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyuarakan kekecewaannya terhadap Israel yang bakal mengenakan “sekatan menyeluruh” ke atas Semenanjung Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Setiausaha Agung PBB kecewa dengan ‘sekatan menyeluruh’ Israel
Foto: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyuarakan kekecewaannya terhadap Israel yang bakal mengenakan “sekatan menyeluruh” ke atas Semenanjung Gaza.
  • Morocco World News melaporkan bahawa perkara itu menurutnya satu tindakan yang akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang ternyata semakin kronik di rantau itu.
  • Sekatan itu termasuk larangan kemasukan bekalan penting seperti makanan dan bahan api, sudah mula menjejaskan penduduk Gaza, yang didiami lebih 2.3 juta penduduk.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyuarakan kekecewaannya terhadap Israel yang bakal mengenakan “sekatan menyeluruh” ke atas Semenanjung Gaza.

Perkara itu menurutnya satu tindakan yang bakal memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang ternyata semakin kronik di rantau itu, demikian lapor Morocco World News.

Sekatan larangan kemasukan bekalan penting seperti makanan dan bahan api itu dilapor sudah mula menjejaskan penduduk Gaza yang didiami lebih 2.3 juta penduduk.

Keputusan Israel memutuskan bekalan elektrik Gaza telah menambah penderitaan penduduk.

Setiausaha Agung PBB itu turut menegaskan bahawa pengepungan dengan niat menghalang populasi dari punca sumber keperluan asas sebegitu merupakan jenayah perang di bawah statut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ketua PBB itu menekankan bahawa peningkatan keganasan baru-baru ini bukanlah satu insiden yang berlaku secara tiba-tiba, tetapi berakar umbi dari pendudukan beberapa dekad di Gaza, tanpa penyelesaian kepada krisis tersebut.

Keadaan di wilayah bergolak itu semakin teruk apabila tentera Israel berterusan mengebom Semenanjung Gaza, termasuk kawasan-kawasan kediaman penduduknya. 

Advertisement

Sumber: Morocco World News

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending