Connect with us

Terkini

Penganjuran Minggu Solidariti Palestin tiada perancangan rapi – Dong Jiao Zong

Pekeliling Kementerian Pendidikan untuk menganjurkan Minggu Solidariti Palestin terlalu tergesa-gesa dan tidak mempunyai perancangan rapi, demikian menurut Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong).

Adam Tan

Published

on

Penganjuran Minggu Solidariti Palestin tiada perancangan rapi – Dong Jiao Zong
Foto: Ahli Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia, Dong Jiao Zong.
  • Pekeliling Kementerian Pendidikan untuk menganjurkan Minggu Solidariti Palestin terlalu tergesa-gesa dan tidak mempunyai perancangan rapi, demikian menurut Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong).
  • Dong Jiao Zong berkata tema Minggu Solidariti Palestin sepatutnya ditukar kepada nilai sejagat iaitu “menentang perang, mengekalkan keamanan”, fokus pada isu Palestin-Israel, menganjurkan sikap saling bertolak ansur, saling menghormati dan penyelesaian secara aman.
  • “Kami ingin mengingatkan bahawa keamanan dan kebebasan adalah nilai sejagat tamadun manusia dan konsep serta nilai seperti menghormati nyawa, menjaga hak asasi manusia, menjaga golongan yang kurang bernasib baik, menegakkan keadilan, malah Matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDGs) mestilah bermula dari pendidikan asas,” kata Dong Jiao Zong dalam kenyataan media disiarkan di laman sesawangnya pada 27 Oktober lalu.
  • Ia juga menyifatkan Kementerian Pendidikan gagal mengambil iktibar daripada kesalahan lalu dan mengabaikan fakta wujudnya kepelbagaian dalam sistem pendidikan negara. 

KUALA LUMPUR – Pekeliling Kementerian Pendidikan untuk menganjurkan Minggu Solidariti Palestin terlalu tergesa-gesa dan tidak mempunyai perancangan rapi, demikian menurut Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong).

Dong Jiao Zong berkata tema Minggu Solidariti Palestin sepatutnya ditukar kepada nilai sejagat iaitu “menentang perang, mengekalkan keamanan”, fokus pada isu Palestin-Israel, menganjurkan sikap saling bertolak ansur, saling menghormati dan penyelesaian secara aman.

“Kami ingin mengingatkan bahawa keamanan dan kebebasan adalah nilai sejagat tamadun manusia dan konsep serta nilai seperti menghormati nyawa, menjaga hak asasi manusia, menjaga golongan yang kurang bernasib baik, menegakkan keadilan, malah Matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDGs) mestilah bermula dari pendidikan asas,” kata Dong Jiao Zong dalam kenyataan media disiarkan di laman sesawangnya pada 27 Oktober lalu.

Ia juga menyifatkan Kementerian Pendidikan gagal mengambil iktibar daripada kesalahan lalu dan mengabaikan fakta wujudnya kepelbagaian dalam sistem pendidikan negara. 

“Sekolah yang terlibat termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, kolej teknik dan vokasional, kolej matrikulasi, maktab perguruan dan peringkat lain yang berbeza.

Pelajar mempunyai umur dan mentaliti yang berbeza. Adakah termasuk prasekolah?” katanya.

Dong Jiao Zong menyeru kementerian berkenaan untuk mendengar pendapat masyarakat dan merancang aktiviti yang praktikal dengan pendekatan lebih teratur. – The Merdeka Times

Advertisement

Sumber: Laman rasmi Dong Jiao Zong

Author

Terkini

Kos sara hidup meningkat, Kenaikan gaji 10 peratus wajar – Tinjauan

Peningkatan kos sara hidup dan komitmen bulanan tinggi mencecah RM4,000 sebulan, khususnya di bandar, mewajarkan kenaikan gaji tahunan sehingga 10 peratus pada tahun depan.

Avatar

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR – Peningkatan kos sara hidup dan komitmen bulanan tinggi mencecah RM4,000 sebulan, khususnya di bandar, mewajarkan kenaikan gaji tahunan sehingga 10 peratus pada tahun depan.

Demikian hasil tinjauan The Merdeka Times pada Khamis lalu yang mendapati rata-rata orang ramai berkata peningkatan kos perbelanjaan meliputi kenaikan kos barang basah, bayaran pinjaman perumahan dan kenaikan kos sewa rumah sebagai faktor kenaikan gaji tahunan itu 

Peniaga, Syafiq Hanan, 30, berkata anggaran komitmen bulanannya yang perlu dikeluarkan setiap bulan adalah sekitar RM3,000 ke RM4,000.

Dia yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu arkitek di sebuah syarikat memilih membuka perniagaan bagi menyelaraskan pendapatan dengan kos sara hidup semakin meningkat.

“Macam dulu, saya tidak memiliki rumah, bila saya beli rumah, kos meningkat kerana pinjaman bank ada kenaikan interest.

“Rumah di sekitar Lembah Klang saya boleh kata paling murah pun RM600,000 bagi rumah kondo atau apartment,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemubual di Ampang dekat sini pada Khamis lalu.

Advertisement

Bapa kepada seorang cahaya mata itu melihat perlunya peningkatan gaji  tahunan pekerja hingga 10 peratus.

Terdahulu, media tempatan melaporkan hasil tinjauan awam Robert Walters, lebih tiga daripada lima pekerja di negara ini menjangkakan kenaikan gaji antara enam hingga 10 peratus pada tahun depan.

Dapatan tinjauan awam itu melibatkan 400 calon dan organisasi di Malaysia pada September 2023.

Peniaga, Muhamad Ariff, 27, berkata kos komitmen sememangnya akan meningkat seiring dengan pertambahan umur ditambah dengan keadaan ekonomi tidak menentu.

Anak kelahiran Terengganu itu berkata purata bulanan perbelanjaan dikeluarkannya pada setiap bulan adalah RM1,500 yang meliputi pembelian barang basah.

“Sangat baiklah kalau gaji pekerja naik hingga 10 peratus,” kata Muhamad Ariff.

Advertisement

Jurujual yang hanya mahu dikenali sebagai Ema, 30, berkata kenaikan kos sara hidup ketika ini mendorongnya untuk membuat pendapatan sampingan selain menjalankan kerja hakikinya.

Katanya, komitmen bulanannya RM3,000 sebulan terdiri daripada kos sewa rumah yang terus meningkat selain mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.

“RM500 saya belanjakan bagi perbelanjaan makanan, kalau boleh saving dekat situ, kita guna untuk kos transport. Kalau hantar duit ke keluarga dalam sekitar RM400 ke RM500.

“Sewa rumah pun naik, macam saya berasal dari Sabah dan bekerja di sini, bila-bila masa boleh tukar tempat kerja dan sewa rumah pun perlu dititikberatkan kerana melibatkan jarak lokasi yang mempengaruhi kos lain seperti kos pengangkutan,” katanya.

Ema berkata dia sebelum itu pernah menyewa sebuah rumah dengan kos RM850, namun kini dia perlu mengeluarkan RM1,000 bagi menampung komitmen berkenaan.

Pekerja syarikat perkhidmatan, Sayang Fairuz, 50, pula menyatakan perbelanjaan bulanannya antara RM2,000 hingga RM2,500 yang terdiri daripada kos pengangkutan, barang basah dan tanggungan anaknya.

Advertisement

“Kita kena bajet sangat-sangat, macam contoh hari ini dan semalam saya bawa bekal ke tempat kerja, almost every day saya masak sendiri. Saya tak beli makanan di luar, sangat tidak berbaloi,” katanya.

Dia berkata kenaikan gaji sehingga 10 peratus adalah bertepatan memandangkan rata-rata rakyat Malaysia berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Kalau bagi basic gaji RM1,500 itu possible pada 1990-an, sekarang kita sudah berada pada 2023, tak sesuai lagi RM1,500,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending