Terkini
Negara pembekal makanan ASEAN sedia bekalkan beras kepada negara anggota
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Vietnam telah menyatakan kesediaan negara itu untuk terus mengeksport beras ke Malaysia.
- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Vietnam telah menyatakan kesediaan negara itu untuk terus mengeksport beras ke Malaysia.
- “Mereka bersedia meneruskan eksport beras ke Malaysia mengikut harga yang dirundingkan, ertinya harga berpatutan di Malaysia, kalau (kita) memerlukan penambahan import beras dari Vietnam,” katanya mengulas mesyuarat dua hala dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam Nguyen Quoc Tri semalam sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45.
- Mohamad juga berkata rakan sejawatnya dari Thailand telah menyatakan komitmen negara itu kepada Malaysia untuk membekalkan beras dan ayam lebih cepat sekiranya perlu dan mengikut keupayaan negara jiran itu.
- Malaysia adalah tuan rumah AMAF ke-45 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Oktober dalam usaha memperkukuh kedudukan ASEAN sebagai ‘bakul makanan dunia’ selain memacu kerjasama lebih erat antara negara anggota bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini.
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Vietnam telah menyatakan kesediaan negara itu untuk terus mengeksport beras ke Malaysia.
“Mereka bersedia meneruskan eksport beras ke Malaysia mengikut harga yang dirundingkan, ertinya harga berpatutan di Malaysia, kalau (kita) memerlukan penambahan import beras dari Vietnam,” katanya mengulas mesyuarat dua hala dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam Nguyen Quoc Tri semalam sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45.
Malaysia adalah tuan rumah AMAF ke-45 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Oktober dalam usaha memperkukuh kedudukan ASEAN sebagai ‘bakul makanan dunia’ selain memacu kerjasama lebih erat antara negara anggota bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini.
Turut menghadiri AMAF ke-45 ialah Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura Grace Fu serta Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.
Mohamad berkata pertemuan dengan Fu pula menyaksikan perbincangan mengenai peningkatan perdagangan dalam bidang pertanian di antara Malaysia dan Singapura manakala Kao memberi pandangan bahawa kerjasama ASEAN dengan negara seperti China dan India perlu dipertingkat bagi mendepani isu keterjaminan makanan.
Dalam pada itu, beliau berkata, negara pembekal makanan ASEAN memberi komitmen untuk mengutamakan pengeksportan bahan makanan mereka kepada negara anggota yang mengalami kekurangan bekalan.
Beliau berkata komitmen itu antara keputusan penting yang dicapai semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) kali ke-45.
“Kita berbincang soal keterjaminan makanan, misalnya kalau dalam kalangan negara ASEAN ini ada berlaku kekurangan, kita harap negara ASEAN yang lain dapat menampung dengan cepat,” katanya.
Lawatan itu turut disertai oleh delegasi Jepun dan Korea Selatan sebagai ahli ASEAN Campur 3 serta Timor-Leste sebagai negara pemerhati ASEAN.
Mohamad berkata rakan sejawatnya dari Thailand telah menyatakan komitmen negara itu kepada Malaysia untuk membekalkan beras dan ayam lebih cepat sekiranya perlu dan mengikut keupayaan negara jiran itu.
“Kalau nak dapat dari Brazil mungkin ambil masa, tetapi dengan Thailand kurang seminggu kita dah dapat ayam itu, kalau kita perlu dan beras juga begitu.
“Menterinya menyatakan selagi ada keupayaan, mereka akan tetap menjual beras mereka kepada Malaysia, sama juga Vietnam (pengeluar beras) yang menyatakan mereka akan mengutamakan ASEAN terlebih dahulu,” katanya.
Berkenaan lawatan di TBNSA, Mohamad berkata pihak yang berkaitan perlu mempergiat promosi untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke taman tersebut.
TBSA yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Cherakah telah diwartakan bagi tujuan persekutuan dan kini kira-kira 200 hektar telah dibangunkan bagi tujuan konservasi, penyelidikan, pendidikan, eksplorasi dan agropelancongan yang dikendalikan pihak TBNSA, di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Sumber: Berita Harian